The Big Bang Theory
[Tiada kaitan dengan teori big bang]
Sitkom komedi ini telah ditayang pada tahun 2007. Jalan ceritanya menunjukkan dua orang penyelidik yang tinggal serumah. Sheldon Cooper dan Leonard Hofstader. Sheldon yang merupakan watak utama memiliki IQ yang tidak boleh diukur dengan ujian IQ biasa, tidak boleh memandu dan sering mengharapkan leonard untuk membawanya ke Universiti. Leonard pula seorang yang memcuba menjadi seorang yang kurang “bijak” kerana merasakan kebijaksanaannya itu adalah penghalang baginya untuk mendapat teman wanita.
[ad code=2 align=center]
Sitcom ini dikuatkan lagi dengan wanita yang tinggal dihadapan rumah mereka iaitu Penny yang bekerja di Cheesecake Factory. Penny merupakan orang kelas biasa yang tidak memiliki pengetahuan yang tinggi untuk bercakap dengan Sheldon dan rakan rakannya. Selain itu, dua watak yang menambahkan kelucuan cerita ini ialah Howard dan Rajesh [atau Raj]. Howard adalah seorang yahudi dan masih tinggal bersama ibunya yang sentiasa menjerit bila berkata dengan Howard. Manakala Raj pula adalah seorang yang tidak dapat berkata apabila berhadapan dengan wanita cantik jika berdepan melainkan dalam keadaan mabuk.
Sitcom ini memang tidak kering gusi kerana banyak elemen lucu digarapkan oleh penerbitnya. Memang berbaloi untuk ditonton.
Sekarang sudah masuk musim ke 4
Untuk mendownload sila ke sini: Download