Salam 1Malaysia untuk semua. Hari ini UJ nak bercerita pasal kisah kisah taman sayu/herba atau edible garden.

Nampaknya sayur sayur yang ditanam UJ kebanyakkan mengeluarkan hasil. Oleh kerana tidak menggunakan kaedah pembajaan yang betul malahan tanam gitu sahaja, maka hasilnya tidaklah seberapa tetapi bolehlah dijadikan lauk kepada makcik makcik UJ. Kebanyakkan sayuran, UJ bagi kepada orang lain kerana berlebihan daripada keperluan. Kalau tak petik akan tua dipokok atau layu tua. Kalau petik tapi terbiar pun tak guna juga. Jadi berilah kepada orang lain yang boleh memanfaatkannya.

Tuaian hari ini dan semalam. Bendi, terung dan sawi. Puas hati melihat sawi ni.

Hasil tuaian hari ini

Jika anda inginkan benih benih yang berkualiti boleh didapati di blog tanamsendiri.com.  Murah sahaja, RM10 untuk 5 pek. Malahan benihnya adalah berkualiti pula tu.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge