Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harapnya semuanya berada didalam kesihatan yang gemilang cemerlang dan terbilang. Bagi mereka yang mengalami tanda tanda mendapat penyakit tu, sila silalah bertemu pakar sama ada di hospital, klinik swasta mahupun kliknik 1Malaysia(Bukan promote, tapi RM 1, jimat!) ataupun dapatkan ubat di farmasi yang berdekatan dengan rumah anda. UJ pun baru saja mendapatkan anti-histamine(sangat mahal dalam kelasnya) di farmasi tempoh hari.
SRTB??? SKD??? Apa tu? Tentu anda tertanya tanya apa itu SRTB dan SKD. Adakah ianya merupakan Sekolah Rendah Tangga Batu dan Sekolah Kebangsaan Damai. Bukan, ianya adalah topik pengelasan baru sebagai tambahan kepada blog UJ yang nampaknya semakin kurang updatenya. Hahaha, penyakit malas menguasai diri…hehehehe Banyak juga pencarian seperti ftp untuk pelajar UMP yang mana kena di update.
Oklah, maksud sebenar SRTB ialah siri rumah tangga bijak manakala SKD adalah sudip, kuali dan dapur. Didalam SRTB akan dibincang segala macam perihal tentang rumah tangga bijak. Ianya tidak terhad kepada ibu dan bapa tetapi juga termasuk anak anak yang juga memainkan peranan dalam rumah tangga yang bijak. Skop utama dalam siri ini adalah berkaitan penjimatan wang didalam pembelian dan penggunaan seperti belian barang dapur, perbelanjaan rumah mahupun pembayaran utiliti. Tapi untuk awal topik adalah berkaitan dengan penjimatan belian barang dapur. Jadi ianya berkaitan dengan tanaman sayuran/herba dan buah buahan. Mungkin ianya agak terhad kepada mereka yang mepunyai tanah tapi alternatif kepada yang tiada tanah, digalakkan menggunakan hidroponik(bunyi macam herbaponi taj mahal…).
Bagi SKD pula, UJ akan letakkan segala resepi, tips dan panduan memasak berdasarkan pengalaman UJ belajar dari Ibunda UJ. Selain itu juga, UJ akan ambil resepi di mana mana dan dikongsikan bersama setelah UJ mencubanya sendiri dirumah. Barulah orang kata ada kelas dan sekurang kurangnya kita tahu rasanya bagaimana. Hehehe.
Apa apa pun itu adalah sebagai permulaan bagi 2 siri ini. UJ akan fikirkan macam mana nak letakkan entri ni pada hari yang sesuai dan beberapa kekerapan yang harus dilakukan. OKlah sampai disini sahaja celoteh UJ untuk hari ini. Sekian sahaja.
p/s: UJ dan ada banyak tanaman dibelakang(boleh kata tepi la) seperti bendi, bayam, tomat, sawi, petola, salad, basil, oregano, thyme, rosemary, kacang botor, terung bulat, terung panjang, cili padi(yang sentiasa berbuah), kesum, kari, limau purut, limau kasturi, dan kunyit. Dan tak lupa pokok orkid ibunda UJ. Dalam biji benih: cili besar(kulai ‘jaya’ dan MC 11), jagung dan kacang panjang, semua dibeli di MARDI