Apa yang anda rasa pada nilai RM10? Cukup sekadar membeli juadah ditengah hari? Untuk membeli sebuah buku atau majalah di kedai kedai buku? Bayaran untuk tempat letak kereta? Satu kotak rokok?

Mungkin kita merasakan nilai RM10 ini tidaklah terlalu besar. Hari ini anak anak kita mendapat belanja sekitar RM2-RM5(RM10-35 seminggu) untuk setiap hari dan ada pula anak anak yang berkata jumlah itu tidak cukup. Tapi bagaimana pula dengan anak anak lain yang berada didalam keadaan kemiskinan. Kebanyakan keluarga yang hidup dibawah kemiskinan, anak anak mereka tidak mempunyai wang belanja, malahan ada pula yang tidak bersekolah

Sebagai rakyat malaysia yang prihatin, bolehlah kiranya kita menyumbang sedikit sebanyak duit kita. Tak banyak yang diperlukan cuma RM10. Apalah sangat dengan RM10 ini kalau dibandingkan dengan sumbangan terhadap orang orang yang dibantu, doa mereka dan kebaikan yang kita terima. Ayuh kita mulakan awal tahun kita ini amal kebaikan.

Hanya RM10, anda menggembirakan hati seseorang

Anda semua boleh melakukan sumbangan melalui web Groupon dimana sumbangan ini adalah disumbangkan kepada UNICEF(Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Marilah sama sama kita memberikan sinar dan harapan baru kepada kanak kanak seluruh dunia tak kira siapa mereka tapi yang penting, mereka ini merasa untuk menimba ilmu didunia ini.

Senyum mereka, maniskan!! (diambil dari unicef malaysia)

p/s: Jom sumbang RM10…(kalau tengok jumlah pembeli, setakat ini sudah ada RM80K lebih.)

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

Apa yang nak di kata?