Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harapnya semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan tidak ditimpakan segala penyakit yang berat atau kesedihan yang amat sangat ya. Kalau berlaku juga, UJ harap segala masalah itu berlalu pergi dengan kadar yang segera.

Dewasa kini kita sering melihat berlaku kenaikkan harga barang yang dijual di sekitar pasaraya mahupun pasar malam. Bagaimana pulalah caranya kita sebagai warga yang bijak untuk mengatasi masalah ini. Pelbagai cadangan telah diberikan seperti berjimat cermat, kurangkan penggunaan barang yang tidak perlu, kurangkan belanja kurangkan itu dan ini, tapi apa yang kurang? Balik balik duit kita juga yang kurang (dan sesetengah tu, rambut yang kurang… hehehe jangan marah tau).

Sebagai peranan suri rumah, adakalanya masa yang tidak digunakan itu boleh dimanfaatkan. Tapi perkara ini tidaklah terhad kepada suri rumah sahaja, sesiapa sahaja yang rasa boleh melakukannya pasti boleh buat. Aktiviti ini adalah sangat menyihatkan malah memuaskan hati serta mengetahui apa yang bakal masuk kedalam perut kita. Sebagai langkah permulaan untuk berjimat, apa kata kita tanam sendiri pokok kita. Pokok seperti cili api, cili besar, sawi, sawi hong kong, bak choi(pak choi), petola, timun, jagung, malah banyak lagi pokok pokok sayuran boleh ditanam dikawasan terbiar dirumah kita.

Bayangkan betapa jimatnya kita nanti sekiranya kita tidak perlu membeli cili api(RM13/kg), cili besar(RM12.5/kg), sawi dan sebagainya tetapi hanya dengan memetik sendiri dibelakang rumah? Itu baru satu, yang lainnya kita dapat tahu bahawa sayur kita ini bebas racun yang berlebihan digunakan dalam bancuhan  (ada juga guna racun tapi nisbah bancuhan sangat sedikit dan racun sebulan sekali) dan kita tidak tahu kadar kekerapan mereka meracun. Selain itu kita tidak pula tahu sayur2 yang dijual menggunakan baja yang bagaimana dan sumber apa. Anda mesti pelik sekiranya menanam sendiri, sayur2 mesti tidak seperti apa yang dijual di pasaran.

Dengan menanam sendiri, kita juga dapat membantu bumi kita daripada pencemaran dan juga membantu mengurangkan kesan rumah hijau walaupun sangat sedikit. Jadi mulakan langkah yang mudah untuk memulakan tanaman sendri. Mungkin beberapa pokok boleh ditanam sendiri seperti cili, kesum, daun kari, limau kasturi dan limau purut.

Memulakan penanaman dengan biji benih.

Kaedah ini sangatlah mudah. Sebagai permulaan anda tidaklah perlu membeli bekas semaian untuk menyemai. Sebagai langkah berjimat, gunakan bekas yang tidak dipakai dirumah.

Bahan yang diperlukan:

1. Bekas telur (30 biji tu)

2.Bekas/dulang/tray. Kalau boleh sebesar bekas telur.

3.Peat Moss, pakai tanah pun boleh tapi kalau nak pokok tumbuh mudah pakai peat moss.

 

Cara menyediakan semaian dan menanam.

1. Gunting/potong bekas telur mengikut acuan bekas/dulang/tray. Ini kerana bekas telur amatlah tidak tahan dipegang sekiranya basah. Jadi bekas ini adalah untuk menampung ketahanan dan memudahkan kita untuk mengalihkannya kelak.

2. Isikan bekas telur dengan tanah/peat moss sehingga penuh. Dengan menggunakan alat penyembur, semburkan air. Sekiranya tiada, renjiskan air keatas tanah/peat moss sehingga basah.

3. Dengan menggunakan pensil atau ranting sederhana saiz, buatkan lubang pada peat moss/tanah tersebut, jangan terlalu dalam, sekitar 5 mm sudah mencukupi. Ambil biji benih dan masukkan kedalam lubang dan tutup lubang tersebut dengan menekan tanah ditepi lubang. Jangan tekan kuat sangat.

4. Siram apabila peat moss/tanah mula kering atau siram sekali sehari. Pastikan jangan terlalu basah dan jangan terlalu kering.

5. Tutup dengan keranjang aluminium sekiranya ada. Kalau takde, letak sahaja ditempat teduh.

6. Dalam masa 5-10 hari, anak benih pasti akan tumbuh. Setelah dua daun sudah muncul, letakkan anak benih pada sinaran cahaya matahari pada waktu pagi sampai tengah hari.

7. Proses mengalih boleh dilakukan sekiranya anak benih sudah berusia 4 minggu atau ada enam daun, atau dengan bekas telur, 4 helai pun sudah memadai kerana mengalih pokok tidak menganggu akar pokok.

Satu tips, pastikan anda merendam biji benih semalaman bagi memudahkan pokok tumbuh.

Pokok cili padi

Pokok Cili Padi di rumah UJ, pokok tak pernah berhenti berbuah.

Untuk mendapatkan biji benih bolehlah berkunjung ke pasaraya, nurseri, MARDI ataupun beli sahaja online disini, http://www.tanamsendiri.com/

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

4 Kata


  1. lisaderina on 28 Nov 2016

    T.kasih tunjuk ajar..sy harap penyemaian sawi sy berhasil dgn cara ini

    • UJ on 26 Jan 2017

      Semoga berjaya.

  2. Hanif Menhad on 06 Apr 2013

    Info yang menarik. Hanif nak cuba lah kat rumah dgn isteri.

    • UJ on 28 Dec 2014

      Boleh sahaja cuba.


Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge