TV series: Chuck Season 4

Kali ni UJ cerita preview pasal Tv series yang UJ tengok dan semestinya muat turun dari internet la. Bukan susah nak cari season baru melalui internet. Nak tunggu TV kat Malaysia ni beli. Tunggu kucing bertanduk la. Heheheeh

Pertamanya, ini adalah cerita ringkas mengenai siri TV yang terbaru. Mungkin lepas ini akan diikuti dengan penerangan ringkas berkaitan episode yang terbaru. Apa apa pun ini adalah penerangan umum pasal cerita Chuck yang baru sahaja masuk musim ke-4

Chuck Bartowski atau nama Charles Irves Bartowski adalah seorang pekerja dibahagian Nerd Herd di Buy More. Suatu hari kawan lamanya iaitu Brice Larkin telah menghantar satu emel yang mengadungi satu projek yang di panggil Intersect kepada Chuck. Chuck yang tidak mengetahui isi kandungan emel tersebut telah membuka emel tersebut lantas telah mengaktifkan program tersebut dan menyebabkan Intersect telah masuk kedalam minda Chuck dan menyebabkan Chuck “flash” apabila melihat fail, objek dan sebagainya sekiranya data tersebut berada didalam intersect.

Musim ke-4

Ayah Chuck telah dibunuh semasa musim ketiga, tetapi ayahnya telah memberi tahu satu rahsia kepada Chuck. Melalui surat terakhir ayahnya melalui computer, Chuck telah pergi kerumah lamanya dan menemui satu ruangan rahsia dibawah tanah yang mengandungi beribu rahsia yang telah ayahnya simpan selama ini. Dan Chuck terlihat rantai tangan milik ibunya.

Jadi untuk musim keempat, Chuck akan mencari ibunya yang sebenarnya merupakan pengintip juga. Dapatkah berjumpa dengan ibunya? Dapatkah segala misteri dan maklumat dibawah rumah Chuck dirungkai dan di selesaikan. Kita saksikan musim ini sehingga tamat. Heheheh.

Untuk mendownload bagi pelajar UMP, boleh klik SINI.

Untuk luar, minta maaf. Belum boleh.

[ad code=3 align=center]

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Satu Kata


  1. Funbrain Games on 23 Jan 2012

    Terima kasih banyak posting yang baik !


Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge