Tengah hari tadi, UJ telah mendapat bungkusan daripada syarikat kurier yang terkenal Pos Malaysia dengan perkhidmatan PosLaju. Pos Malaysia ada beberapa perkhidmatan ya seperti PosEkspress, penghantaran bungkusan dan lain lain lagi. Agak bagus juga perkhidmatan poslaju. Itu pun nasib duduk dibandar utama. Kalau duduk ditempat jin bertendang, mahu tiga empat hari sampai. Hehehe

Selepas mendapat dari Mak Su, duduk dalam bilik untuk buka, tapi selepas buka separuh, eh nanti dulu, tangkap gambar dulu hehehe. Kena buat repot ni. Hihihi. Jadi ambilah gambar walaupun kotak dah koyak separuh.

Bungkusan dari PosLaju. Apa agaknya didalam?

Selepas membogelkan mengoyakkan bungkusan dengan separa ganas, terkejut, kotak pizza? Pizza, anyone? Hahaha. Pandai si pengirim mengitar semula bungkusan untuk menghantar barangan. Satu usaha yang begitu baik. yelah selalunya kalau kita makan pizza, kotaknya pasti masuk tong sampah atau buang kat luar rumah. Jangan campak tepi rumah sudahlah bagi yang duduk rumah teres. Marah jiran sebelah. Hehehe

Pizza Hut anyone???

Dibuka didalamnya ada plastik tesco plak. Hahaha. Bila masa tesco ada kerjasama dengan pizza dan polaju? Rupanya dalam plastik tersebut terdapat keratan batang pokok dan yang lain adalah biji benih yang UJ beli dari Miruku’s Garden. Macam macam yang dia jual. Kebanyakkannya tumbuhan yang tidak terdapat disini yakni luar negara punya.

Barang yang dapat hari ini

Antara barang yang UJ beli dan dapat ialah:

  1. keratan acerola cherry berserta buahnya
  2. keratan mulberi
  3. buah passion(kalau tukar BM jadi buah ghairah??? nama melayu markisa)
  4. biji benih thyme, lavander, tomato, wonderwhyberry, dan goji berry

Baik sungguh pemilik miruku’s garden ni memberi UJ beberapa keratan batang dan buah pada UJ. Menurut dia, cherry tu agak sukar ditanam, namun UJ akan cuba dan yang lain terserah pada Allah. Marilah Kita berbakti pada tanah.

Kepada pemilik miruku’s garden, Happy Chinese New Year.

p/s: Kalau pizza hut hantar pizzanya pakai poslaju, pasti mengamuk pelanggan. Heheheh

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

2 Kata


  1. shraqs on 22 Jan 2012

    Jangan plak berubah bau pizza 🙂

    [Balas Cakap]

    UJ Reply:

    bau… hehehe dah takde bau… kalau jadi cam cerita p.ramlee, ambil bau sahaja….heheheh

    [Balas Cakap]


Apa yang nak di kata?