Salam 1Malaysia kepada semua pembaca diluar sana. Harap semua sihat sihat belaka lah yer. Jangan terlebih sihat udah le. Seperti biasa, kalau sakit, bawak diri tu ke hospital kerajaan mahupun klinik klinik 1Malaysia atau klinik swasta.

Hari ini UJ nak memperkatakan tentang pelayar laman web atau dikenali dalam bahasa orang asing web browser. Pelayar laman web pilihan UJ ialah Mozilla Firefox atau orang kita panggil musang berapi, bukan musang berbulu ayam ye. Heheheheh.[1]

Disini UJ akan cerita tiga benda, iaitu berkenaan apa yang menarik, apa yang kurang dan cadangan UJ sendiri.

Muka depan

Apabila membuka firefox, page ini selalu keluar. Firefox berkolobrasi dengan google untuk first page mereka. Walaupun benda ini boleh ditukar di tetapan, tetapi bagus juga firefox telah menetapkan tetapan sebegitu. Tapi untuk pengguna google sahajalah seronok, pengguna lain kene buat tetapan sendirilah.

Aplikasi yang disukai

Bagi diri UJ, apa yang menarik dalam Mozilla ini ialah aplikasi tambahan diorang. Antaranya persona, extension yang banyak dan sebagainya.

Persona?

Bukan persona nona yer tapi persona ini ibarat kulit untuk Mozilla sendiri. Yelah kadang kadang bosan juga asyik tengok benda sama sahaja hari hari. Jadi, lebih baik gunakan persona untuk menceriakan minda kita. Terdapat lebih 35000 persona didalam Mozilla sendiri yang akan menyebabkan mata kita sedikit kejulingan untuk memilihnya. Tetapi bagi UJ, UJ suka yang abstrak sahaja sebab menarik. Dengan meletakkan ikon tetikus sahaja diatas persona, secara automatik, Mozilla kita berubah mengikut persona itu. Kiranya fast review la.

Contoh pertama

Contoh kedua

Pilihan hati UJ

Extension yang banyak

Dalam kita menggunakan pelayar web, kadang kadang kita memerlukan sesuatu perisian seperti Internet Download Manager untuk memuat turun sesuatu di laman web. Semua itu dimudahkan lagi dengan extension yang disediakan oleh pembangun pembangun atau author diluar sana. Sesetengah author masih belum di verified atau disahkan, jadi Mozilla memberi amaran tentang bahaya memasang perisian yang bukan bukan. Heheheh

*extension yang UJ pakai

*Install extension [Amaran dari Mozilla berikutan author yng tidak di verified]

*dah habis install, kene restart Mozilla.

Setelah siap memasang extension tadi, restart semula Mozilla dan walla, boleh guna terus. Kalau nak cari sesuatu extension, boleh cari jer dekat laman utama Mozilla sendiri. Sebagai contoh UJ mencari extension facebook. Sebelum ini UJ pernah guna extension yang sama dekat chrome, cuba nak cari extension yang sama la, mana tahu ada ke tetapi tidak ada. So bukak jelah laman web facebook tu.

*mencari add-on FB, tapi takde yang serupa seperti google chrome.

UJ tak suka

Crash

Semakin baru Mozilla semakin banyak crash pula. Ianya sama seperti chrome. Kalau dulu, kedua duanya Mozilla dan chrome jarang crash, tapi bila UJ update yang baru, boleh katakan sehari 2-3 kali la juga crash. Nasib boleh dapat balik web yang crash itu. Apa yang ketara masalah crash ialah aplikasi flash. Apabila UJ buka youtube dan sebagainya yang melibatkan flash yang banyak, mulalah crash. Jadi penulis terpaksa tutup laman web tersebut.

Bayangkan tengah sedap sedap makan, eh salah. Tengah dok layan laman web, tiba tiba crash. Selalunya keluar begini:

atau

* cara senang hantar jer report dan bukak balik [yang tak bestnyer, video kene load sekali lagi…(.T_T.)]

Tak auto carian

Bagi UJ, UJ suka kalau kita taip jer perkataan dan terus cari dengan menggunakan address bar tu. Tapi Mozilla akan cari laman web yang releven dahulu baru la terus ke carian google. UJ sangat benci ini. Mungkin benda ini boleh ubah tetapan dia di configuration tapi UJ malas nak ubah.

*Dari berita harian, UJ masukkan harian metro di address bar

*Keluarlah harian metro

Kalau carian tak releven,[UJ cari domain UJ sendiri]

*Keluar page google plak…hehehehe [masa ni domain UJ da aktif,cuma tak popular jer…hehehehe]

Pengunaan memori yang tinggi

UJ suka membiarkan komputer UJ hidup selama lamanya yang boleh. Sebab elektrik kat sini percuma. UJ sebenarnya tak suka gak tapi malaslah nak tunggu komputer boot up. Ambil masa lama sangat. Jadi bila UJ biarkan Mozilla terpasang, dia akan tarik memory komputer. Bayangkan kalau pada permulaan sekitar 100mb, dia akan naik perlahan lahan sehingga 500mb. Suatu nilai yang sangat besar bagi UJ. Adakah ini dipanggil memory leak? Cuba baca dibawah mengenai meory leak:

“A memory leak or leakage in computer science is a particular type of memory consumption by a computer program where the program is unable to release memory it has acquired.”

source: Wikipedia

*Memory yang digunakan Mozilla(paling atas sekali) selepas +- 5 jam [UJ bukak 10 tab jer]

Cadangan UJ

UJ suka Mozilla walaupun tidak secepat chrome, tapi Mozilla boleh load sesuatu dengan sepenuhnya. Biasalah kalau duduk di universiti, banyak betul tapisan. Kadang bila guna proxy, gambar di chrome tidak load sepenuhnya tapi di Mozilla, gambar tersebut di load sepenuhnya. Kekurangan yang lain adalah, ada aplikasi UMP tidak boleh dibuka seperti aplikasi elearn. Boleh buka hanya dengan modifikasi tetapn Mozilla tapi UJ dah lupa kat mana arahan tu (selalu gak format komputer). Tapi tak kisah, UJ guna pelayar web TheWorld.

Bagi mengatasi masalah memory leak, UJ selalu matikan dan hidupkan semula Mozilla. Ini salah satu cara untuk mengurang kepenggunaan memori dengan cepat. Ada lagi kaedah lain, tapi seperti biasa benda yang kene ubah atau modi-modi UJ kurang gemar.

Tentang crash dan auto carian guna google, itu tak dapat nak tolong la. UJ terpaksa ubah tabiat buka page google sekarang ni kalau nak cari benda. Lagi satu kat page google tu, UJ boleh menyemak emel UJ.

Oklah itu aje untuk entri kali ini. Kalau ada apa apa yang nak tanya, beri pandangan atau apa je, bolehlah cakap cakap kat bawah.

——

[1]Ini hanyalah pandangan UJ sahaja. Mungkin ada kekurangan dalam cerita ini.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge