Salam 1Malaysia kepada pengodek diluar sana. Harap semua berada dalam lingkungan kesihatan yang diberikan oleh Allah setiap masa. Andai berasa diri tidak sihat, janganlah paksa diri tu, lebih baik terus merujuk doktor.

untuk entri kali ini UJ telah menyentuh agenda nasional iaitu berkaitan subsidi. semua tahu bahawa setiap tahun kerajaan membelanjakan begitu banyak subsidi kepada kita dengan erti kata yang lain sebenarnya mengurangkan beban tanggungjawab kita dan selain itu dapat juga kita merasai kekayaan negara Malaysia ini. Akan tetapi…

Hari ini berlaku pengumuman yang mungkin mengejutkan semua pihak dan rakyat bagi Malaysia dimana kerajaan telah menaikkan subsidi subsidi bagi lima perkara asas berikut iaitu:

1.  Petrol bagi RON 95 dan 97

2. Diesel

3.  Gula

4.  Gas LPG

Adakah kenaikkan ini akan menimbulkan kemarahan penduduk Malaysia? Atau adakah sesuatu perubahan dan kebaikan akan berlaku suatu masa nanti. Apakah kesan kesan kepada masyarakat umum dan kesan keatas ekonomi kita. Sama kita mendalaminya disini.

Analisis barangan

Bagi senarai harga barangan ini, UJ telah kelaskan dan jadual mengikut kenaikkan.

Barangan Harga lama Harga baru Peratus kenaikkan
Petrol 95 RM 1.80 RM 1.85 2.78%
Petrol 97 RM 2.05 RM 2.10 2.44%
Diesel RM 1.65 RM 1.70 3.03%
Gas LPG RM 1.75 RM 1.85 2.86%
Gula Rm 1.65 RM 1.90 15.15%
graf

Carta kenaikkan harga

Pecahan peratus kenaikan barangan subsidi

Gambar diatas menunjukkan peratusan bagi kenaikkan harga barang ini dipasaran. Gula merupakan paling tinggi iaitu 25 sen atau 15.15% kadar kenaikkan berbanding sebelumnya. Manakala kenaikkana paling sedikit adalah bagi minyak petrol RON95 iaitu sebanya 2.44% atau sebanyak 5 sen sahaja.

graf

Perbandingan untuk nilai yang sama sebelum dan selepas.

Jadual diatas menunjukkan data bagi pengurangan untuk jumlah yang sama. Untuk sumber bahan api, kiraannya untuk nilai RM10. Untuk gas LPG dan gula adalah dengan menggunakan harga asal dibahagikan dengan nilai yang baru.

Untuk melihat dengan lebih lanjut bolehlah dilihat pada graf dibawah ini. Ianya ditunjukkan dalam bentuk jumlah pengurangan serta peratus kekurangan bagi lima barangan ini. [unit kg digunakan untuk gula dan gas LPG manakala bahan api menggunakan liter]

graf

Perbezaan antara kandungan barangan beserta peratusannya

Daripada graf diatas, dapat disimpulkan bahawa peratusan dan jumlah pengurangan adalah menuju kepada gula kerana mengalami kenaikkan tertinggi kali ini. Dengan harga yang lama, kita kehilangan berat gula sebanyak 13% atau 130 gram gula berbanding masa lalu. Pengurangan paling sedikit adalah petrol RON97 dimana kita hanya kehilangan sebanya 2.4% atau 116ml [lebih kurang minyak wangi botol besar] manakala minyak “rakyat” a.k.a RON95 berkurang sebanyak 150ml [sebotol penyembur deodorant].

Kesan kepada rakyat

Setelah diambil kira dan dilihat, kemungkinan besar terdapat sedikit impak pada konsumer yakni rakyat jelata Malaysia ini. Antara kesan kesan yang kita dapat lihat:

1.  Kenaikkan harga makanan seperti kuih dan harga minuman walaupun kiraan menunjukkan kenaikkan sekitar 1.25 sen bagi teh tarik dan yang lain lain. [tapi teh tarik menggunakan susu pekat manis… tak tau susu pekat manis naik berapa lepas ni]

2. Keluhan rakyat yang tidak memiliki gaji yang besar.

3.  Hilangnya undian terhadap pimpinan sekarang. [kerana suka menunjukkan kekurangan berbanding keupayaan untuk mengatasi]

Yang mungkin positif dapat dilihat:

1.  Pengurangan pengambilan gula.

2. Penjimatan minyak dengan berkongsi kereta ke tempat kerja dan sebagainya

3.  Pengurangan perjalanan yang tidak perlu.

4.  Penurunan kadar penyakit kencing manis dan sebagainya.

Yang tidak mungkin berubah: [pandangan UJ]

1.  Masih memandu sendiri ketempat kerja

2. Jumlah minuman manis

3.  Masih tidak mengoptimumkan penggunaan bahan api

4.  Tetap membeli walaupun dalam keluhan

Apa apa pun kesannya UJ tetap memandang kedepan dan mengetahui reality memang keadaan barang sekarang adalah sangat mahal kalau kita melihat pada rantau ini. Tetapi kita perlu sedar bahawa taraf dan ekonomi kita berbeza dengan mereka. Sebagai contoh, singapura adalah negara yang maju berbanding dengan kita.

Apa yang dapat kita lakukan hari ini ialah dengan mengurangkan penggunaan bahan api, memaksimumkan penggunaan bahan api dan LPG serta menggurangkan kadar penggunaan gula untuk seharian. Dengan melakukan hal sedemikian sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesan keatas diri kita sekeluarga.

Sekian sahaja entri hari ini. Untuk hutang 2 entri akan diupload esok. Termasuk sekali tazkirah hari jumaat.

p/s: UJ takleh nak jimat minyak sebab stesyen minyak jauh, jalan tak elok dan bahaya plak tu. Jadi agak sukar hendak memaksimumkan penggunaannya. Tapi mungkin suatu hari nanti akan dapat prius ke, kan bagus… UJ berharap sangat kalau kerajaan nak potong subsidi bahan api, sila beri rebet sekurang kurangnya 30K untuk kereta hijau… Baru manggalakkan teknologi hijau.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

2 Kata


  1. fillah88 on 16 Jul 2010

    pas nie PRU 13 jgn harap la dapat undian aku

    • UJ on 16 Jul 2010

      mana manalah….
      aku cuma mengharapkan kerajaan just menimbang cara cara untuk merancakkan lagi ekonomi malaysia agar duit banyak masuk…. banyak jer cara boleh buat….

      apa apa pun kita kene terima jelah walaupun orang yang paling terbeban adalah pelajar… mereka tak nampak yg pelajar sebenarnya golongan paling cepat mengalami efek dari semua tindakan kenaikkan harga barang ni….

      (.^_^>)
      UJ


Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge