Sebelum ini di sehijau bumi itu…
Danial atau Dani bermimpi sesuatu yang mengusarkan hati dan mindanya. Penemuan artifak di pinggir Bandar Kesutra menambahkan pertanyaan didalam hatinya sehinggakan pemikirannya melayang jauh. Pertemuan dengan atuk Ali membuatkan persoalan Dani bertambah rumit.

Dani telah sampai dirumahnya yang berada di tingkat 43. Rumah zaman ini dibina tinggi agar setiap orang dapat memerhatikan keindahan alam semula jadi. Selain itu, 15 tingkat dibahagian bawah adalah tempat tempat perniagaan, perkhidmatan bank dan juga perkhidmatan sky-train stesen Delima bagi blok tempat tinggal Dani.

Sebelum sampai ke rumah, Dani telah membeli akhbar digital, Kalam Kesutra pada hari ini melalui kad ingatan mudah alih, sis-kad [kad simpanan ingatan sementara]. Akhbar digital yang boleh dikemaskini hanya mempunyai tempoh sehari itu dan boleh dilihat pada monitor Dani. Walaupun terdapat akhbar atas talian, tetapi penduduk Kesutra lebih menyukai akhbar digital kerana boleh dimuatkan kedalam pembaca mudah alih dan dibawa kemana sahaja. Dani juga menyukainya kerana monitornya boleh melakukan lebih banyak tugas penting seperti menyimpan keratan akhbar, menyimpan berita dan sebagainya. Malah jika menulis sesuatu artikel dan memerlukan petikan dari akhbar, Dani cuma memerlukan kata kunci untuk melakukan carian dalam akbar tersebut. Hal ini kerana akhbar digital disimpan didalam memori komputer setiap pengguna dan terpulang kepada mereka untuk membuang atau menyimpan. Semua itu tidak terdapat pada akhbar atas talian.

Dani memuatkan Kalam Kesutra pada monitornya dan mula mengkemaskini akhbar tersebut. Kali ini Dani mahukan berita lebih lanjut pasal penemuan kumpulan ekskavasi yang diketuai oleh seorang doktor dari sektor 5 Bandar Kesutra. Dia mahu melihat artifak itu secara dekat dan menelitinya dengan lebih lanjut. Mujur segala infomarsi tentang penemuan itu sudah diterbitkan secara terus kedalam talian supaya pembaca mendapat berita dengan lebih pantas.

Sedang dani meneliti dan melihat artifak yang ditemui itu, kedengaran ibunya menjerit kerana terkejut. Dani cuba melihat keluar dan memerhatikan keseluruhan Taman Panca Delima kelihatan gelap kerana terputus bekalan elektrik. Mujur bilik Dani telah dipasangkan sistem anti-gangguan elektrik, maka gangguan kuasa sebegini tidak berlaku dibiliknya. Dani segera mendapatkan ibunya yang berada di ruang tamu setelah Dani membaik pulih bekalan elektrik rumahnya melalui bekalan kuasa kecemasan biliknya.

Setelah memastikan ibunya tiada apa dan selamat, Dani menuju kebiliknya untuk meneruskan penyelidikan keatas artifak tersebut. Dani perlu tahu kenapa artifak itu pernah muncul dalam mimpinya sebelum ini. Adakah dia terlibat sama atau mungkin ‘pemilik’ artifak itu mahukan dia menolong melakukan sesuatu?

Setengah jam telah berlalu selepas gangguan bekalan kuasa dan masih belum pulih. Dani merasa hairan kerana gangguan tidak pernah berlaku sepanjang hidupnya di Taman Panca Delima dan tidak pernah pula melebihi 5 minit. Kalau ada pun dulu di rumah kawannya di sektor 4. Itupun kerana pihak pengurusan utiliti tenaga, air dan sumber alam menukarkan kabel lama kepada kabel baru. Cuma mengambil masa 3 minit. Tapi gangguan kali ini 10 kali lebih lama. Oleh kerana talian internet merupakan sistem yang berbeza, Dani dapat melihat perkembangan terbaru dari dalam dunia internet namun berita tentang gangguan ini sahaja yang dikeluarkan. Sebab dan masalah serta tempoh pembaikkan tidak pula diketahui.
______________________________________________

“Bagaimana benda ini boleh berlaku”
“Saya pun tidak pasti datuk Bandar. Semua sistem berjalan dengan lancer dan sistem kecemasan berada pada paras yang optimum. Tetapi kegagalan sistem pusat dan sistem kecemasan berlaku serentak.”
“Maksud kamu ada orang melakukan sabotaj? Belum pernah benda ini terjadi di keseluruhan Bandar Kesutra. Dulu kamu berjanji menjaga keseluruhan 9 sektor, tapi sekarang, sektor 7 telah mengalami masalah dan semakin merebak ke semua sektor.”
“Saya tidak merasakan sabotaj. Cuma sistem mengalami masalah yang saya tidak pasti puncanya. Saya akan pergi ke kawalan utama di sektor 5 sebentar lagi.”
“Sampaikan berita terkini pada saya setiap 15 minit. Saya risau rakyat Bandar Kesutra akan tertanya dan mungkin sampai satu tahap akan marah. Saya khuatir perkara itu.”
“Tan sri jangan risau, akan saya segerakan penyelesaian masalah ini”
Perbualan tamat. Terima kasih kerana menggunakan Hub-sys v1.2. Pesanan suara dari sistem telefon kedengaran selepas perbualan mereka dihentikan.

Datuk Bandar mula termenung. Perkara begini boleh menyebabkan mereka kehilangan status yang dimenangi 4 kali berturut turut dalam anugerah keamanan, keselamatan dan keupayaan Bandar yang dianjurkan oleh kerajaan pusat. Sudahlah dalam masa dua bulan ini tempoh penilaian. Harapannya untuk mengondol anugerah itu kali kelima nampaknya mulai retak kerana lawannya Bandar Eziora telah bersedia sepanjang masa untuk merampas kembali anugerah itu.

bersambung minggu hadapan dengan sambungan yang lebih panjang.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge