Diambil dari blog UJ yang lama.

Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca diluar sana… Harap semua dalam keadaan sihat dan tenang sentiasa dalam kegawatan ekonomi ini.

Seperti yang ditulis pada tajuk tu, kali ini nak berbicara pula pasal kad grafik. Apa bendanya nih? Sejenis kuih ke? Pakaian ke? Perabot ke?… Bukan… kad grafik adalah satu alat yang digunakan komputer untuk memaparkan imej pada monitor anda. Itu serba ringkas pasal kad grafik.

Pada bulan lepas[bulan 2, 2009], sempat la juga beli kad grafik ni sebab nak naik taraf punya pasal. HUH… punya la kejor teknologi terbaru tapi tak tekejar sebab takde duit….hahahahahaTapi dapat la beli yang agak terbaru punya. Apa yang aku beli??? jawapannya nVidia GTX 260 keluaran Palit. Bukan Palat ye tapi Palit. Mulanya nak pakai AMD ATI, tapi macam teringin nak pakai nVidia je… jadi sambar je la GTX tu. Harganya lagi seringgit genap RM 900. Fuh banyak tul duit aku terbang….heheheh

Kad grafik ini dikuasai dengan 216 stream processor(sp) iaitu lebih 24sp berbanding abangnya hanya 192sp. Tapi yang aku beli ini sama je laju jamnya dengan abangnya iaitu 576MHz dan kelajuan memory sebanyak 999MHz(efektif 1998). Manakala kelajuan shader ialah 1242 MHz. Justeru apa beza dia dengan gtx 260 yang lama? hanya beza stream processor sahaja tapi ianya boleh bagi impak besar terhadap prestasinya. Kebanyakan review dalam internet mengatakan GT260 216 adalah lebih rendah sedikit berbanding dengan GTX 280, dan kalau di overclock, dengan mudah ianya memintas GTX 280 (klik sini) tapi GTX 280 masih jauh kedepan juga kalau dioveclock.

palitgtx

(gambar kat atas tu adalah data yang dikeluarkan oleh gpuz)

jadi macam mana hasilnya setelah diguna pakai? Pergh… Main game dengan ketetapan yang paling tinggi pun tidak tersekat(cuma komputer aku pakai core 2 duo E7300, macam jadi bottleneck dekat cpu). Kualiti gambarnya amat cantik dan amat hidup. Memang seronok la memakai kad grafik ni walaupun boleh dikatakan “agak” ketinggalan sebenarnya….hahahahah lantak la, yang penting aku da pakai kad dari siri GTX….huhuhuhuh…

Menurut maklumat kat atas tu, anda nampakkan perbezaan jam dia? Itu sebab aku da overclock sama seperti kad yang lain. Kad ni boleh pergi lagi jauh tapi tak berani aku sebab aku pakai PSU 500W je. Lagipun aku takut kalau terlebih karang rosak terus kad aku… langsung tak balik modal….hahahaha

oklah sampai sini je celoteh aku… Nanti aku masukkan gambar kotak dia, kad tu sekali kat dalam ni…Kamera ada kawan pinjam…Ok bye….

[ad code=1 align=center]

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , ,

2 Kata


  1. Kaki Web on 31 Jan 2012

    camne dengan Graphic Card 1gb 128bit dan GDDR5, boleh ke support untuk games Need 4 Speed The Run dengan High Graphic Setting?? smooth tak??

    [Balas Cakap]

    UJ Reply:

    untuk mengetahui support ke tak, kena tengok pada keupayaan processor dia. Sebagai contoh high end graphic card, memang support la… tapi kalau mainstream, memang tak support high setting la…

    contoh high end gpu amd radeon 6850 keatas….kalau mainstream mungkin hd6770 camtulah…

    kalau nvidia tengok pada awalan dia, yang power selalunya gtx… mainstream gt/gts… low end gs….

    senang bagi model gpu, baru tahu….

    [Balas Cakap]


Apa yang nak di kata?