Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Harap semuanya sihat sentiasa disamping orang yang tersayang. Kalau tidak sihat, dapatkan ubat di farmasi berdekatan dengan anda. Semoga cepat smebuh UJ doakan.

Sabtu lepas berlasunglah majlis konvokesyen untuk kali kelima bagi Universiti Malaysia Pahang. Seramai 1000 orang siswazah bergraduat dan membawa pulung segulung ijazah yang penuh bermakna didalam kehidupan mereka.

Sangat seronok melihat sesuana ketika konvo ini. Begitu ramai sekali keluarga yang datang dan kebanyakan membawa adik beradik dan saudara mara yang terdekat untuk meraikan hari yang penuh bermakna. Semuanya kelihatan gembira dan seronok dengan kejayaan yang dicapai.

ecpoconvo pun tidak kurang menariknya cuma untuk kali kelima ini kelihatannya kurang meriah berbanding yang sebelumnya. Mungkin yang sebelum ini berlangsung selama seminggu dengan minggu akademik dan pertandingan inovasi serentak dijalankan semasa konvokesyen. Untuk kali ini, pertandingan inovasi dicepatkan seminggu. Mungkin itu salah satu faktor.

Selain itu, kelihatan booth/gerai jualan amat la sedikit dan tiada permainan atau acara yang gempak. Malah UMP kampus pekan semacam kurang pendedahan.

Lagi satu, peneguran kepada bunting yang dibuat, ianya ditulis sempena “… majlis konvokesyen UMP gambang”. Tak tahu siapa yang buat bunting tersebut tetapi disini kesalahan berlaku. Sepatutnya tiada perkataan gambang disitu. Cukup sampai UMP sahaja. Mengelirukan kepada pembaca diluar sana lebih lebih lagi ibu bapa.

Rasanya itu sahaja kot.

P/s: Tahun depan, konvo ke-6 giliran UJ plak. Tak sabar rasanya… Nak bawak rombongan 1 bas ke???

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , ,

Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge