Majlis berbuka puasa.

Selalunya majlis majlis ini dianjurkan sekali sekala. Tetapi bagi UMP, aktiviti dianjurkan sehingga pelajar bercuti yang hampir 23 hari. Program ini bermula dari tahun lepas dimana ianya adalah sumbangan ikhlas dari staff staff dan pelajar UMP [setakat yang diketahuilah] yang ikhlas memberi sumbangan. UJ tidak pasti sama ada tahun ini pun masih sama atau tidak sumbangannya tapi kita bersangka baiklah. Mungkin juga ada sponsor luar?

Untuk hari pertama, UJ dan en. Afnan turun untuk membantu para petugas untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Boleh dikatakan hamper 80% pelajar KK5 berbuka di majlis berbuka puasa ini. Yalah duduk diPekan dengan kurangnya bazar ramadhan mengurangkan ruang pelajar untuk membeli juadah berbuka. Jadi, majlis inilah yang akan dihadiri pelajar untuk berbuka disamping menjimatkan duit belanja. Hehehehe.

Sedikit gambar.

Gotong royong memasak juadah.

Juadah dah siap masak da pun. Tinggal masa nak hidang dalam dulang

15 minit lagi nak berbuka, kebanyakkan pelajar telah mengambil tempat

En. Afif menyuruh mana mana meja yang ada kosong dipenuhkan.

Juadah hari pertama: Nasi putih + nasi beriani + ayam goreng dan dalca.

Rasa itu sahaja yang boleh diceritakan. Esok kita sambung dengan benda benda lain pula. Kepada yang membantu tu, terima kasih banyak banyak. Kepada yang teringin membantu tu, cepat cepatlah datangkan diri ke Kafe sementara fkm dan fkee. Banyak pahala kalau menolong. lebih lebih bulan puasa yang mulia ini… Amat digalakkan.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,

2 Kata


  1. amin on 13 Aug 2010

    huh..bnyknye leher ayam
    Cerita terbaru amin:- Tampil Menarik Dengan Sliderdock

    • UJ on 13 Aug 2010

      alah, leher ayam xde sapa nak makan…. ambil je la…


Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge