Tengah hari semalam UJ telah pergi ke kenduri kahwin rakan sekolah UJ semasa tingkatan 1-3. Nampaknya ada 2 orang rakan UJ dah kahwin dan UJ berkunjung ke rumah mereka. Ada juga yang lain mungkin dah kahwin, cuma mungkin UJ tak tahu sebab dah terputus hubungan hubungan barangkali. Dan yang kahwin ni kebanyakkan perempuan. Memang kaum perempuan memang selalu kahwin awal agaknya.
Sebelum berkunjung, UJ berjumpa dengan sahabat lama UJ yang bernama Raedi di Masjid. Solat dulu sebelum berkunjung ke rumah pengantin. Dan akhirnya selepas selesai solat berkunjunglah kerumah pengantin.
Dekat rumah penganti berjumpa lagi dengan rakan rakan yang lain berserta “junior” semasa berada di SMI Hira’. Memang lupa langsung nama mereka ini. Hehehe. Memang tak ingat sebab selalu lupa kalau betul kurang masa bersama atau tiada simpanan tetap dalam memori. Ada beberapa orang sahaja yang memang sekejap sahaja jumpa terus ingat sampai sekarang.
Apa apa pun tahniah kepada rakan UJ kerana telah mendirikan rumah tangga. Semoga Allah merahmati kehidupan rumah tangga anda.