Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Harap semua sihat hendaknya. Kalau berasa tidak sihat, UJ nasihatkan bersegera jumpa pakar pakar kesihatan agar kesihatan kita dapat dinaikkan pada paras yang optimum.

Kali ini UJ nak menceritakan perihal kawan kawan UJ di UMP. Mereka ini semualah yang mewarnai kehidupan UJ di UMP dan dikelas UJ iaitu M02. Apa yang menariknya kelas UJ ini semuanya lelaki kerana kursus yang diambil oleh UJ ada mekanikal dengan automotif. Jadi wanita amat takut mendengarkan perkataan mekanikal dan lebih lebih lagi automotif. Mungkin mereka takut dengan kerja yang berat berat kot. Tapi UJ musykil sebab manufacturing lagi berat mesin mesin dan peralatan dorang tapi ramai pula wanita kat sana. Takper lah… Biarkan sahaja hal itu

Rakan sekelas UJ

Dekat komen sebelum ni, ada kawan UJ mintak cerita pasal kelas UJ sendiri di UMP yang “tercinta” tu [ye sangatlah tu, depan cakap baik, belakang kutuk no. 1…… Hehehehe bukan UJ yer, orang lain].

Kalau begitu UJ masukkan serba sedikit pasal mereka. Nak tahu lebih lanjut pengodek boleh cari dorang dekat mukabuku atau bahasa tradisionalnya facebook… Hehehehehe…

Ini namanya en. Sunil, beliau ni sebenarnya roommate UJ masa tahun 1 dulu. Oleh kerana UJ dan en. Sunil memiliki nombor matrik yang dekat, maka selalunya dalam apa jua kumpulan yang disusun oleh pensyarah, akan ada kami berdua…

Ini plak en. Izzul, dia ada gelaran lain juga [tapi rahsia]. Untuk tahun dua dan tiga, dia plak jadi roommate en. Sunil tu. Dia ni berasal dari johor. Dia nilah selalu baca blog UJ sebelum ini. Terima kasih yer en. Izzul kerana suka baca blog UJ. Hehehe…

Ini pulak en. Hafizi[kanan sekali]. Nama pendek dia ialah pijie. Orang tak lah besar dan tak lah pula kecik. Berasal dari negeri pantai timur yang terkenal dengan penyu, keropok lekor [UJ hantu keropok…hehehehe kalau boleh nak makan berketul ketul keropok lekor…]. selalu jugaklah dia bawak keropok dari negeri dia tu.

Yang ini roommate dia, nama dia en. Hazmie [tengah] bukan Hazamie yer. Hehehe. Beliau datang dari Melaka Bandar yang banyak sejarah tu. Orangnya berkulit cerah dan suka memakai produk produk HPA. Bagus en. Hazmie ni. Oh lupa, nama pendek dia ialah jemie.

Seterusnya kita pergi kepada budak ‘kecik’ ni yang diberi nama en. Khairulanwar. Dia ni datang dari tempat yang banyak kali tukar nama dari teluk mak intan kepada teluk anson dan akhirnya teluk intan. Nama pendek dia ialah Keanu [sebutan: kay – nu(kasi muncung sikit…hehehehe)]. Tak taulah plak UJ dari mana datangnya Keanu tu… Ejaannya pun UJ tak pasti. Hah sebelum terlupa, beliau ada kete kancil memiliki gelaran ADU [sebab no. plate die ADU xxx la…hehehehe]

Ini plak roommate dia, namanya en. Izwan. Orangnya kira besar jugak badannya dan tinggi jugak la. Tapi takdelah tinggi melampau. Suka sangat menonton anime kat bilik dia masa duduk di KK2 [kolej kediaman ke-2, UMP]. Dia ni tinggal kat Klang Bandar diraja negeri Selangor.

Lagi dua orang housemate mereka ialah en. Syafiq. Dia ni mai dari utara tempat yang popular ngan anak mami dan jambatan tu la… Mana lagi kalau bukan Pulau Pinang. Nama pendek dia ni ialah mat top [bukan bapak nordin mat top yer]. Gelaran ni diberikan sebab dulu dia ni tokei top-up semasa kami semua tahun 1. Hehehe.

Dan orang terakhir ialah en. Herzwan[gambar diatas tiga orang, kiri sekali]. Ini orang negeri ini juga mari. Itu tempat namanya ada kaitan dengan itu ikan patin [lama tak perkena patin masak tempoyak ni…hehehe terliur ke???] iaitu termeloh. Nama gelaran yang diberi ialah jen kependekan dari sarjan sebab muka dia macam seorang askar. Heheheh. Baru baru ni kaki dia patah semasa event Masum dalam masa yang singkat dia beraksi atas padang. Nasib tidak terlalu teruk. Lagi satu nak cerita dia ni memang duduk kat negeri Pahang je, belajar negeri Pahang, matrik negeri Pahang hatta Universiti pon negeri Pahang jugak…ish…ish…ish… Tapi takperlah dah dia yang nak kan, kita nak buat apa…UJ sendiri pon kalau boleh nak duduk jer di negeri Selangor cuma takder matrik ngan program yang UJ suka di universiti awam di Selangor ni. Jen, musim buah ni tak bawak kitorang makan buah ker???heheheheh sodap makan derian, manggis dan rambutan tahun lepas….hihihihihih

Oklah tamat sudah rakan rakan sekelas UJ untuk edisi pertama. Ada beberapa edisi akan menyusul kemudian… Tunggukan sahaja ya. Nak berkenalan dengan mereka, sila silalah cakap kat bawah tu…hehehehe

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , ,

4 Kata


  1. […] Shuk atau Muhammad shukri bin rabain. Datang dari Tapah, Perak. Samalah seperti en. Keanu kita tu [sini]. En. Shuk ni agak tinggi dan kurus perwatakkannya. Kalau nak tahu, dia ni suka menonton drama […]

  2. […] dia sekarang boleh tengok kat sini Malam penutup […]

  3. frank lampard on 03 Jul 2010

    ni sume dak umah ak..apA citAAAA???=p

    • UJ on 03 Jul 2010

      Edisi first tu… nanti menyusul plak edisi kedua dan ketiga….hehehehe


Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge