Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harapnya semua sihat walafiat disamping keluarga tersayang. Walaupun sesetengahnya mungkin berada jauh dimata, tetapi biarlah dekat dihati serta dekat ditangan, mulut dan telinga telefon tu. Heheh. Kepada yang sakit, atau bakal mendapat sakit, bolehlah mengunjungkan diri itu ke rumah sakit atau pun klinik mahupun hospital.

Lama sudah UJ tidak bercerita. Padahal duduk rumah bukan buat apa. Duduk bersahaja kecuali waktu petang melihat tanaman yang UJ usahakan. Hmm. Memang UJ tidak bersemangat nampaknya untuk mengongsikan coretan, catatan, ilmu mahupun sambungan kisah kisah yang berlaku saban hari. Tapi takpelah, kita tolak tepi dan buat pembaharuan untuk kali ini.

Kita imbas cerita yang boleh dikatakan hangat minggu ini iaitu pertabalan YDP Agong ke 14 iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bagi penggal 2012-2017. Semoga Malaysia aman dan damai dibawah payung naungan Tuanku. Seterusnya boleh dikatakan pada hari yang sama, berlaku satu gempa bumi yang magnitud pada 8.5 pada skala Richter yang berada pada garisan gelinciran di luar pesisir pantai kepulauan sumatra. Syukur Alhamdulillah, gempa bumi ini tidak menyebabkan bala yang lebih besar dan yang paling ditakuti oleh orang ramai iaitu ombak tsunami yang mana boleh menyebabkan banyak negara boleh mengalami kemusnahan teruk dalam masa yang singkat.

Apa apa pun sekiranya kita sebagai orang Islam, wajar kita mengambil iktibar daripada bala yang Allah timpakan keatas kita. Gempa bumi tersebut menjadi peringatan kepada kita yang sering alpa dan begitu asyik mengejar duniawi semata mata.

Rasanya sampai disini sahajalah celoteh UJ. Sambung lain kali pula.

p/s: Lepas ni kena rajin mengupdate blog ni…

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , ,

Apa yang nak di kata?