Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harapnya semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan tidak ditimpakan segala penyakit yang berat atau kesedihan yang amat sangat ya. Kalau berlaku juga, UJ harap segala masalah itu berlalu pergi dengan kadar yang segera.

Seperti yang tercatat dalam tajuk entri, mesti semua tahu apa isi kandungannya kan?. Ya sudah semestinya bekisarkan tentang kerepek pisang. Kerepek pisang boleh dikatakan snek ringan yang mungkin boleh dikatakan oleh semua orang. Terdapat beberapa jenis pisang yang boleh dibuat kerepek tetapi yang paling UJ minati adalah kerepek pisang tanduk.

Pisang tanduk adalah salah satu pisang yang bersaiz besar. Oleh kerana saiznya yang besar, biasanya orang akan membuat kerepek pisang tanduk secara membulat. Dengan membuat cara ini, ianya akan menghasilkan lebih banyak kerepek dan saiz yang sedang membuatkan ianya senang dimakan.

Sedapnya kerepek. Enak dimakan selalu...

Proses membuat kerepek tidaklah sesusah mana. Apa yang diperlukan adalah pisang yang bersesuaian dan sudah tua/matang(bukan tahap masak ya!) dan minyak untuk menggoreng. Panaskan minyak didalam kuali dan sediakan pisang yang dipilih, pastikan kulit dikupas dulu ya. Apabila minyak sudah panas, sagat pisang dengan menggunakan penyagat. Kalau jumpa sagat yang sesuai, kerepek pisang tidaklah terlalu tebal dan nipis. Cukup cukup je ketebalannya. Setelah pisang garing bolehlah diangkat dan diletakkan diatas penapis logam untuk menyingkirkan minyak yang berlebihan pada pisang tadi. Garamkan untuk menambah rasa.

Aktiviti menggoreng pisang.

p/s: kalau taknak menggunakan garam, bolehlah dibancuh air garam, kemudian masa pertengahan memasak goreng pisang, bolehlah diletakkan seseudu dua(lakukan eksperimen). Dengan cara ini, pisang akan berasa masin.

p/p/s: Untuk kemudahan, pisang boleh dikupas menggunakan pengupas kentang. Tapi pisang yang kecillah. Pisang tanduk pakai pisau sebab kulit dia agak tebal.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

Apa yang nak di kata?