Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Harap semuanya berada dalam kegembiraan dan kesihatan yang optima dan bahagia bersama kaum keluarga. Kepada yang tengah sakit atau nak dapat sakit, silalah dengan segeranya bertemu pakar kesihatan. UJ doakan semoga cepat sembuh.

Bersatu tunjang kekuatan

Alhamdulillah, dikurniakan Allah kebolehan bernafas untuk meneruskan hidup diatas muka bumi ini. Sungguh besar nikmat Allah tiada terkira dan terlintas di dalam akal akan kehebatanNya. Tidak terbayang kekuasaanNya dilangit dan bumi.

Duduk diatas memerhati haiwan haiwan melata di padang yang masih belum dibangunkan membuatkan diri berfikir, kenapa haiwan haiwan Ana’am itu hidupnya bersatu dan bergabung, berjalan bersama sama tidak kira kecil atau besar, tiada satu pun yang berjalan seekor, paling tidak tiga ekor.

Mata dilirikkan kelangit dan terlihat burung burung berkicauan dan terbang mencari makan. Ah, mereka pun berterbangan bersama teman teman mencari makanan ataupun berhujrah ke tempat lain.

Tangan pantas menekan fail dokumentari yang baru selesai di muat turun. Menarik juga melihat haiwan diserata dunia melalui rancangan discovery, animal planet mahupun national geographic. Kalau dilihat semuanya duduk atau hidup secara berkumpulan atau bersatu.

Tapi bila memikirkan perihal makhluk yang dipanggil manusia pula, lain jadinya. Berpecah walaupun seagama. Sesungguhnya Allah telah memberitahu kita agar bersatu, tetapi masih berpecah kerana perbezaan pendapat. Bukankah perbezaan itu suatu rahmat tuhan?

Setiap kali melihat bangsa Islam ditindas, mulalah bantah sana bantah sini, tapi selagi umat Islam yang berada berhampiran tempat tindasan itu masih memeluk tubuh yang hangat dan tidak mahu bersatu apatah lagi memberi bantuan, selagi itu Islam dipandang lemah oleh agama lain dan juga bangsa lain lebih lebih lagi bangsa yang telah membunuh banyak nabi dan rasul itu. Sampai bila bila mereka akan bergelak ketawa melihat bangsa Islam yang berpecah ini diseluruh dunia. Inilah yang mereka mahukan.

Sedih melihat bangsaku juga terikutkan juga gejala perpecahan ini. Malahan fanatik pula pada pengetua bagi setiap kumpulan sehingga mencapai taraf kanak kanak dan mencaci serta memaki saudara sendiri. Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa orang Islam itu bersaudara?

Agaknya bila keadaan ini akan berubah? Atau masih sama sehingga jasad dimamah usia dan nyawa terputus dari badan? Atau melebihi itu sehingga zuriat saya melahir cucu saya pun masih sama lagi? Agaknya perlukan suatu kuasa ajaib untuk menjadikan manusia itu mengambil berat saudaranya dan seterusnya bersatu padu antara satu sama lain. Tapi semua itu adalah angan angan sahaja.

Apa apa pun kita sebagai generasi Islam sekarang perlulah menanam semangat persaudaraan yang kuat antara satu sama lain. Jangan sekadar Islam di kad pengenalan sahaja tapi masih bermusuh antara satu sama lain. Ingat, Allah membenci orang orang yang memutuskan tali silaturahim…

p/s: Ini tidak seperti kalam jumaat yang lain… Cuma cetusan idea sahaja.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Apa yang nak di kata?