Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Semoga semuanya sihat sihat sentiasa dan berbahagia disamping keluarga sendiri. Bagi yang mula merasakan badan panas, kurang bermaya dan lesu, segeralah berjumpa dengan pakar atau doktor. Semoga yang sakit segera sembuh.

Sudah lama tidak menyentuh pasal taman sayur UJ. kali ini UJ tunjukkan beberapa hasil tuaian sepanjang minggu lepas. Banyak juga hasil yang dikutip walaupun tidak banyak pokok yang ditanam.

Sayur pak choi yang paling besar.

 

Sayur pak choi yang sedang sedang saiznya

 

Perbandingan antara dua pak choi. Yang paling besar dan sederhana.

 

Jumlah yang dipetik semuanya.

 

Terung dan bendi.

 

Petola. Benih mardi sungguh menjadi.

 

Kangkung. Sedap kalau digoreng.

Kangkung ini kalau ditanam baru dan dipetik kali pertama daunnya tidak selebar jika pokok kangkung dibiarkan merebak. Mungkin kerana jika merebak, pokok mempunyai akar yang banyak dan membolehkan daun menjadi lebar. Lihat gambar seterusnya.

Perbezaan antara dua pucuk kangkung.

Jadi itulah setakat ini hasil taman sayur. Inilah hasilnya sekiranya kita rajin menanam, kita tak perlu lagi membeli sayur sayur di kedai dan sayurnya pula tiada racun berlebihan atau bebas racun. Jadi kesimpulannya, rajin rajinlah kita menanam sayur sendiri.

p/s: Sudu itu adalah perbandingan.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , , , ,

Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge