Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. UJ doakan semuanya sihat sihat belaka. Dan kepada yang sakit, silalah pergi kepada doktor untuk mendapatkan ubat.

Kali ini UJ cerita peristiwa yang berlaku di UMP semalam.

Bertempat di universiti Malaysia Pahang kampus gambang telah diadakan satu majlis untuk pelajar mendekati dan menyediakan diri ke alam pekerjaan. Majlis yang diadakan amat sesuai kepada semua pelajar dan yang paling penting adalah tahun akhir [generasi terakhir] untuk menyediakan diri mereka ke alam latihan industri. Program yang dianjurkan adalah program German day yang mendapat kerjasama antara UMP [pejabat antarabangsa], kedutaan german di Malaysia dan pelbagai syarikat german di Malaysia seperti BASF, elektrisola, Mercedes dan sebagainya.

German Day mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar UMP. Pelbagai aturcara disediakan seperti pameran oleh syarikat terbabit dan sedikit sesi perkenalan profil syarikat serta peluang pekerjaan yang mereka tawarkan.

Senarai syarikat yang hadir:

1.  BASF, [di Pahang, ada kilangnya dan bekerja sama dengan petronas dan dipanggil BASF Petronas]

2. Elektrisola (M) Sdn Bhd [kalau tengok pada nama tentu ingat buat benda yang berkaitan dengan solarkan, tapi tidak. Syarikat ini adalah pengeluar wayar halus berenamel.]

3.  DAAD information [bagi sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke German, pelbagai info boleh didapati di DAAD atau bahasa Germannya Deutscher Akademischer Austausch Dienst – German academic exchange service, terbelit lidah nak sebut Germany…hahahah]

4.  Goethe-Institut Kuala Lumpur.

5.  Mercedes-Benz (M) Sdn Bhd

6.  Q-Cells (M) And Bhd

7.  SGL Group

8.  Siemens (M) Sdn Bhd

Biar pun cuma sehari sahaja, tetapi majlis ini memberi input yang cukup besar kepada sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pengajian mahupun bekerja dengan syarikat syarikat German. Walaupun kita bekerja di Malaysia tetapi jika ada rezeki, kebanyakkan syarikat akan melihat potensi kita untuk dihantar ke German jika kita menepati kriteria yang ditetapkan.

Peluang yang tidak selalu hadir ini sepatutnya dimanfaatkan oleh seluruh warga UMP tidak kira yang berada di gambang mahupun di pekan. Peluang ini harus diambil untuk bertanyakan program yang disediakan oleh syarikat terbabit sperti program latihan industri dan sebagainya. Sebahagian gambar gambar yang diambil oleh UJ.

Pelajar yang berkunjung ke booth German day

Gambar bahagian lain booth GD

Penerangan yang dibuat di booth Q-Cells

Barangan di booth SGL. Carbon Fiber nih...

Booth SGL. Ni dia buat carbon fiber... memang ringan giler produk dia...

Wakil syarikat menerangkan profil dan peluang kerja

Wakil Merc memberi penerangan.

So itu sahajalah yang dapat UJ tulis untuk perkembangan universiti UJ.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,

Satu Kata


  1. khairullah on 02 Feb 2012

    awesome.. menarik.. Terima kasih kerana promote program german d UMP..
    Mudhan program ini membuahkan hasil,InsyaAllah//


Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge