Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Harap semua sihat hendaknya. Kalau batuk, seselma atau pening pening lalat, bawak bawaklah diri tu jumpa doktor. Kalau malas nak pergi klinik swasta, pergi je klinik kerajaan. Bayar murah sikit. Hehehehehe…

Kali ini UJ nak ceritakan serba sedikit pasal dunia blogging. Macam mana UJ boleh terlibat dalam dunia blogging ni, orang kata cerita sejarahnya dari awal hingga lahir dan sedang membesar sekarang ni.

Ianya sedang bermula...

Kalau baca cerita awal [klik sini] ada lah secara ringkas diceritakan pasal blog blog UJ yang lepas. Kali ini UJ ceritakan pula pasal kibotnmos ini, sapa yang beri UJ semangat untuk pakai hosting sendiri dan sapa pulak yang banyak bantu UJ dalam setting blog dan sebagainya.

Untuk permulaannya, UJ bermula dengan blog walking secara kura-kura [yakni berjalan lambat dan tak banyak] dengan blog orang lain dan kemudian rasa jeles tu muncul. Yelah sebab sesetengah blog tu pakai domain sendiri dan UJ Tanya pada diri sendiri bila pula aku nak ada domain sendiri nih? Jadi UJ pergi ke sini [lowyat.net] untuk meninjau harga harga hosting. Untuk memudahkan kerja dan menjimatkan duit, UJ cuba cari paling murah dan paling menjimatkan jika hosting tu bagi domain percuma sekali. Dan UJ jumpa 3uhosting. [setakat ni pakai OK jer, laju dan tiada masalah, adalah hari tu lambat load, maybe ada masalah teknikal agaknya tapi lepas tu ok balik.]

Selepas dah beli hosting, tunggulah diorang setup dan uruskan pendaftaran nama yang UJ pilih untuk domain. Nak fikir nama domain hari tu punya ambil masa 2 hari. Hehehehe. Dan selepas siap daftar, rupanya tak boleh bukak pula cpanel sebab kene block, jadi kena buka guna proksi kejap. Masa tu memang tak tau apa apa pun sebab baru lompat dalam dunia blog hosting sendiri.

Jadi carilah dekat pakcik google jumpa la tutorial yang bagus, dan UJ ikut semua yang ditulis dan disuruh, seperti menginstall wordpress menggunakan fantatisco de luxe dan sebagainya. Dan seterusnya cari cari jumpa lagi blog yang buat ringkasan, cadangan dan sebagainya seperti kak jie, syahirul dan banyak lagi. Nanti UJ listkan url yang bantu UJ buat blog kibotnmos ini.

Inilah yang membantu UJ dalam menghidupkan blog UJ ini:

1.  Tutorial Untuk Newbie WordPress

2. 5 Perkara Utama Selepas Pemasangan Blog WordPress

3.  Install WordPress Terlalu Susah? Gunakan Fantastico.

4.  12 Langkah Menjadi Blogger Yang Berjaya

5.  15 perkara yang perlu dilakukan selepas install blog wordpress self-hosted

6.  Memahami theme wordpress yang ada di blog anda

Kepada mereka ini semua, UJ ucapkan terima kasih banyak banyak [beribu ribu lemon…hehehe] kerana jasa anda membantu UJ menghidup dan memeriahkan blog UJ sendiri. Rasanya hanya pahala dari Allah taala dan doa dari UJ jer yang mampu UJ dibalas.

Dan kepada sesiapa yang baru nak berblog tu, sila silalah jalan jalan dekat blog blog diatas.

p/s: sekarang blog walking dah naik gear 2. Tapi still beberapa blog jer UJ lawat, mungkin lepas ni kena rajin BW sikit…

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

2 Kata


  1. Kujie on 26 Jul 2010

    Terimakasih backlink…. . dan seronok belajar benda baru setiap hari…

    [Balas Cakap]

    UJ Reply:

    terima kasih kerana beri komen…. sama sama belajar… hidup kene bantu membantu… dan yang penting seperti tagline kak jie… hidup biar sedap….hehehehehe

    [Balas Cakap]


Apa yang nak di kata?