Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harap semuanya sihat sihat belaka. Harapnya pada yang sudah ada tanda tanda untuk mendapat penyakit, jangan lambat menuju ke rumah sakit, klinik mahupun hospital tidak kiralah kerajaan ataupun swasta. Semoga cepat sembuh UJ doakan.

Sebelum bercerita lebih panjang, UJ ingin mengucapkan selamat tahun baru china kepada semua orang cina di Malaysia ini. Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai. Semoga tahun naga membawa tuah kepada anda semua.

Seperti biasa negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, maka hari hari perayaan utama akan diberikan atau dijadikan sebagai hari cuti umum. Dan seperti biasa apabila tiba cuti umum maka orang orang yang tidak berkaitan dengan cuti tersebut tetapi mendapat cuti akan melakukan cuti cuti malaysia ataupun cuti balik kampung.

Pemandangan sekitar pantai

Maka atas pemberian kerajaan berikut cuti ini, maka UJ satu keluarga beserta abang abang UJ menuju ke negeri yang tidak asing lagi dengan kerbau, baju baju, barang perkahwinan dan masak lemak iaitu Negeri Sembilan darul Khusus. Tempat yang dituju adalah pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Ingatkan pada cuti yang panjang ini, ramailah warga kota balik ke kampung kerana lebuhraya memang dilaporkan sesak bagi kedua dua arah utara dan selatan. Rupa rupanya sangkaan UJ meleset. Ramai lagi tak balik kampung rupanya dan mengabil kesempatan untuk pergi berkelah atau berpiknik.

Pemandangan Pantai Teluk Kemang

Maka bertolak dari rumah pada pukul 11 pagi dan mendapat lebuhraya utara selatan sekitar seremban memang sesak. Apatah lagi jalan masuk ke teluk kemang memang sesak kerana jalan disana cumalah selorong sahaja bagi kedua dua hala. Malahan parking ditempat pantai teluk kemang juga penuh dan padat sehingga ada yang meletakkan kereta ditepi jalan utama.

Jalan masuk sangat sesak...

 

Panorama(kurang jadi sikit.)

Apa apa pun sampai didestinasi, hanya yang seronok adalah anak anak buah bermain air. UJ dah tak gemar mandi manda di pantai melainkan orang tidak ramai dan tenang.

Selesai mandi, Allah menurunkan rezekiNya dari langit untuk memberikan kesegaran pada pohon pohon dan hidupan lain yang memerlukan air. Hujan turun disekitar PD tetapi tidaklah begitu lebat.

Nikmat Allah mencurah kebumi.

Dan perjalanan diteruskan balik ke rumah. Tapi sebelum balik, singgah di kedai makan untuk memuaskan perut yang lapar.

p/s: jalan penuh dengan kereta. Pergi perlahan, balik pon perlahan. Nasib di elite, kurang kereta jadi boleh bawa laju sikit.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , ,

2 Kata


  1. shraqs on 25 Jan 2012

    Cuti ni aku pusing2 KL je… maklum ler jalan lengang baru bleh pusing btul2

    • UJ on 25 Jan 2012

      kalau berjalan shopping amatlah sesuai… tetapi cuti umum banyaklah pula kedai yang tutup melainkan ada sesetengahnya yang menggaji orang melayu….

      apa apa pun memang dah agak jalan jam… ikut jelah.. sebenarnya jammed ni disebabkan tol dan lepas tol ada lampu isyarat…. tu yang lebuhraya pon terima effect sebab ramai perlahan bila sampai susur keluar untuk elak kemungkinan kemalangan….


Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge