Salam daripada UJ untuk semua.
Sedar tak sedar UJ dah pun menjalani latihan praktikal hampir separuh abad semester dah. Huhuhu Laju jugak masa berjalan. Tengok tengok dah 12 minggu gua berada di johnson&johnson, tempat UJ menghabiskan masa selama 1 semester untuk latihan industri sahaja.

Tak lama lagi datanglah pula guru aka supervisor UJ dari ump untuk menilai pretasi UJ seterusnya memberi sebahagian markah daripada markah keseluruhan LI. Harapan UJ  dapat buat yang terbaik masa itu nanti. Apa yang UJ menanti sekarang adalah bila la SV tu nak telefon UJ ni. Risau kalau terlepas panggilan

Mungkin UJ akan sibuk bila ada pertukaran sistem perpaipan di tempat praktikal UJ nanti. rasanya hujung bulan 6 dan 7. Waktu tu UJ dah habis LI tapi boss UJ akan pertimbangkan UJ punya kerjaya boleh diteruskan. Tapi UJ kata untuk 6 bulan boleh la sebab UJ nak sambung master nanti.

Sebut pasal master, UJ tengah berfikir apa tajuk sesuai untuk UJ buat research. UJ pening memikirkan tajuk yang di research sebab UJ takde idea langsung. Apa apa pun UJ akan pergi balik UMP untuk borak borak dengan kawan kawan UJ dan lecturer UJ pasal master ini.

OK la, sampai sini sahaja celoteh UJ. Harap bila la boleh update laju ni???

p/s: ntah bila streamyx nak datang. UniFi plak masih tak update alamat… UniFail betul…

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , ,

Satu Kata


  1. Nisa' on 21 Mar 2011

    Off topic.

    Aswt, selamat hari lahir. Semoga apa yang awak hajati akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Insha’Allah.
    Cerita terbaru Nisa’:- Human beings- simply complicated


Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge