Ahad semalam, ketika berjalan jalan di air terjun panching, aku terlihat satu lorong yang menarik perhatian aku. Aku bercakap kepada kawan kawan aku yang sibuk bermandi manda aku nak berjalan dan meninjau dikawasan sekitar. Padahal aku nak lalu ke lorong yang aku nampak tadi.

Aku lihat lorong ini agak lama telah tidak dilalui orang namun aku berpendapat pasti ada benda menarik di hujung sana. Pasti pemandangan yang lawa. Kaki terus melangkah dan akhirnya sampai di hujung laluan dan ternampak seorang nenek tua [nenek kebayan agaknya] sedang mencedok air pada kolam air yang terdapat disitu. Aku cuba menyapanya

“Assalamualaikum, nek”

“Waalaikumussalam,cu. Cucu datang cari apa ni?” Tanya nenek tu pada aku

“ Takde apa nek, saja berjalan jalan.” Balas aku pula

“Nenek tahu cucu ada hajat datang kemari, jangan risau, cu. Nenek ni idup da lama. Nenek tahu.”

“ Takdelah nek.” Sengaja aku cuba mengelak.

“Cakap cu, jangan takut dan segan. Nenek ada kuasa sakti cu”

“ Baiklah nenek. Ini ha. Saya nak nenek tukar torch light ini kepada BB Torch 9800”

“ Yang ini nenek tak bloeh buat cu, tapi Nuffnang boleh buat”

“ Ye ke nek?”

Dengan sepantas kilat aku berlari keluar dan terus balik meninggalkan kawan aku semua untuk menulis entri ini. Hahahahahah.

Oleh kerana aku masih baru, apa salahnya mencuba nasib dengan pertandingan yang dianjurkan oleh nuffnang ni kan? Tak salahkan?. Untung ayam mengais mendapat nasi, untung aku menulis, BlackBerry mari…hehehehe

Blackberry Torch

Kalau dapat sebiji...

Oklah apa yang menyebabkan aku suka pada blackberry ini dan lebih lebih lagi BlackBerry Torch 9800. Rasanya semua orang pun suka benda alah ini. BB torch ini mempunyai kebesaran skrin 3.2 inci dan memiliki keyboard qwerty penuh. Pergh, itu je da cair tangan ini untuk memilikinya. Belum masuk yang bawah ini..

Siji [Jawa]:

Memory yang besar. Aku ni hantu muve, drama dan muzik. Dengan 8gb dan boleh dikembangkan [macam kuih apam] sehingga 32gb. Lebih dari cukup.

SD card

Er[Mandarin]:

Multimedia yang menarik

Semua dihujung jari, nak zoom, pakai jari. Pemain muzik pulak paparkan maklumat penuh, kulit album dan trek muzik secara portrait atau landskap. Memang terbaik untuk aku ni. Muzik tanpa had dalam diri.

Tiga[Melayu]:

5MP Camera

Selama ni pakai cik SE, 2MP je kamera dia. Sudahlah aku ni suka bergambar. Nak bawak kamera dslr besar bukan main. Jadi kalau pakai Torch ni nesacaya penuhlah kibotnmos ni dengan gambar gambir.Bayangkan 5MP, gambar pasti jelas sehingga nampak taik idung lalat dan ada 11 efek tersedia. Pasti mengkagumkan ni. Tak lupa juga flash. Terang benderang gambar tu nanti.

Kamera 5MP

Arba’a[Arab]

Jaringan social maya

Facebook? Myspace? Flickr? Twitter? Friendster? Semua ada. Dan pastinya seharian tanpa mereka tak sah la. Orang kata gila bersosial secara maya. Huhuhu. Jadi bayangkan kemudahannya dengan BB torch ni. Lagi ligat mengupdate mereka. Dan bertambah tambah la rakan rakan disana.

facebook, flickr, myspace, twitter

Pente[greek]

Pelayaran yang pantas dan penuh keceriaan

Melayari internet dengan pantas adalah keperluanku pada masa kini. Dan semestinya laman web itu di”render” dengan betul bukan macam keluaran buah-buahan itu. Dengan BB torch ni, kemahuan aku akan tertunai sebab pelayar dia pantas, boleh bukak tab dengan banyak, simpan bookmark [dengan icon tersendiri] dan ubah nama dari muka depan pelayar jer.

Browser Icon

Ada banyak lagi yang ditawarkan BB ni pada aku seperti GPS, WiFe WiFi, security yang tinggi, bateri tahan lama dan paling penting sliding sebab nak gantikan cik SE kan…heheheh Itu lah luahan hatiku.

Tapi semua pengalaman ini tak sempurna kalau takde pembawa bekal talian dan data tidak bagus. Sudah semestinya pilihan terbaik datangnya dari celcom. Ada pelan yang menarik Celcom ni tawarkan tau. Pelan itu dipanggil Celcom EXEC50. Wah macam executive dah kita ni. Hehehe.

celcom exec50

Antara yang menarik plan exec50 ni...

Nampak tak tawaran hebat dia? Memang berbaloi baloi wa cakap lu. Jadi memang sesuai sangat pada sesiapa yang nak mencari pelan telefon yang sesuai dengan mereka. Siapa tak kenal Celcom? Paling pantas, paling luas dan paling jelas. Bukan jeles yer.

Nak lebih mudah. Langgan terus jer ngan celcom pakej blackcerry ini dengan pakej EXEC50. Maklumat kat sini:

http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800_register.php

Tapi ianya pra-lancar la yer. BB torch ni belum masuk Malaysia lagi.

Dan kalau anda bertuah, untuk 100 pelanggan pertama yang bertuah akan memperolehi ini:

– Jabra Bluetooth Headset worth RM125
– 8GB Micro SD Card worth RM68
– Energizer Portable worth RM58

Jadi cepat cepatlah daftar dan memilikinya pada 29 ini semasa pelancarannya nanti. Untung untung dapat freegive yang disediakan oleh Celcom tu.

Jadi itulah sahaja entri kali ini. Ini pun mencuba nasib kat Nuffnang sahaja. Manalah tahu ada rezeki, blackberry mari. Lagi pun Cik SE ni dah sampai masa untuk diberi penganti. Dah hamper empat tahun

Dan ingat, dengan blackberry- semuanya mudah dan dengan celcom, kuasa ditangan anda.

Terima kasih kepada:

1.  Celcom Axiata Berhad

2.  Nuffnang

p/s: cerita pembukaan adalah fiksyen semata mata.

[ad code=2 align= center]

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , ,

4 Kata


  1. zik on 26 Oct 2010

    wah semoga berjaya bro…. 🙂
    Cerita terbaru zik:- Smart tunnel di tutup hari ini sementara!!

    • UJ on 26 Oct 2010

      terima kasih… Harap bolehlah menang….. amin…

  2. Nur Afiqah Abu Samah on 25 Oct 2010

    Haha… Adoilaa~ sengal gak kwn ak sorg ni… huhuhu…

    • UJ on 25 Oct 2010

      hahahaha saja mereka cerita… cuba nasib kat nuffnang tu…


Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge