Salam 1Malaysia kepada pengodek diluar sana. UJ doakan semua sihat sihat belaka. Kalau berasa sakit jumpalah kepada orang yang lebih utama iaitu doktor. Dan semoga cepat sembuh kepada siapa yang sakit tu.

Kali ini kita berbicara perihal hadis. Terdapat begitu banyak hadis hadis nabi, tetapi UJ hanya akan menyentuh 40 hadis [sebab sumber rujukan adalah hadis 40 karangan imam nawawi].

Untuk hadis pertama ini berkaitan pasal niat. Sesuai sekali diletakkan di hadapan kerana dalam hidup kita, setiap amalan mesti dimulakan dengan niat. Niat yang baik akan mendapat pahala, dan niat tak baik selagi tidak melakukannya selagi itu tidak mendapat dosa. Betapa sayangnya Allah pada kita.

Hadis pertama: [terjemahan]

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafa, Umar ibnu Al-Khattab r.a berkata: aku mendengar Rasulullah saw bersabda: bahawasanya setiap amalan itu adalah dengan dan semua orang mendapat pahala berdasarkan apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasulnya. Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang diperolehinya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.”

Dalam hadis diatas menunjukkan bahawa setiap amalan dan perbuatan kita haruslah dimulakan dengan niat. Niat amat perlu untuk membolehkan amalan kita menjadi sah seperti solat, puasa, haji dan sebagai. Selain itu niat juga membolehkan kita bekerja untuk mendapatkan sesuatu dengan berterusan. Sebagai contoh kita berniat untuk berkorban tahun ini, dan dengan niat itu kita akan bekerja keras untuk mendapatkan rezeki sehingga tercapai niat kita.

Waktu untuk berniat bagi ibadah adalah sebelum atau ketika ingin melakukan perkara tersebut sepeti niat solat dilakukan ketika mengangkat takbir dan niat puasa dilakukan sebelum terbitnya fajar. Manakala tempat berniat adalah didalam hati, dengan melafaznya di mulut, kita menjadi lebih mudah untuk menanamkan niat itu kedalam hati.

Dalam kita berniat, haruslah bagi ibadah wajib itu mempunyai pengkhususannya sendiri seperti solat lima waktu, haruslah dinyatakan dalam niat solat asar, zohor dan sebagainya. Begitu juga dengan niat puasa, adakah puasa sunat atau ramadhan?

Dalam kita menempuh hidup beribadah kepadaNya, niat adalah perkara asas yang perlu kita lakukan. Kita haruslah berniat dengan ikhlas dan melakukan ibadah serta perbuatan dengan ikhlas.

Didalam Al-Quran menjelaskan:

“Tiadalah mereka diperintah, kecuali supaya menyembah kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan agama yang lurus dan mendirikan solat, mengeluarkan zakat. Itulah agama yang lurus.”
(Al-Bayyinah 5)

Itu sahaja bicara hadis pada minggu ini. Nantikan sambungannya pada minggu depan.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Apa yang nak di kata?