Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Moga berada dalam kesihatan diri, kesenangan dan kemudahan didalam kehidupan. Hari ini sambungan Hadis 40.

Hadis no 4 dalam kitab Imam Nawai ini menceritakan tentang kisah penciptaan manusia dan apa yang ditetapkan Allah selepas ditiupkan roh kedalam jasad kita. Untuk kisah penceritaan manusia boleh buka sini dan sini. UJ akan ceritakan tentang apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita selepas roh kita ditiupkan kedalam jasad.


Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami – dan dia adalah orang yang benar lagi dibenarkan -: “Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani, kemudian dia menjadi ketulan darah seperti tempoh tersebut juga (40 hari), kemudian dia menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut (40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, maka dia meniupkan ruh padanya. Lalu dia (malaikat) disuruh oleh Allah supaya menulis 4 perkara : (1) rezekinya, (2) ajalnya, (3) amalannya, dan (4) celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya! Sesungguhnya di kalangan kamu ada yang akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada di antaranya dengan syurga kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu diapun memasuki (neraka). Di kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu diapun memasukinya (syurga).

Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Bukhari di dalam “Permulaan makhluk” bab “Sebutan tentang malaikat”. Hadis nombor 3036. Imam Muslim menyebutnya di awal kitab “Ketentuan” pada bab “Bagaimana kejadian manusia”. Hadis nombor 2643.

Ulasan Hadis

Haram Menggugurkan Janin

Sesungguhnya, dalam masa kini kita lihat banyak sekali kes dimana pengguguran janin dilakukan. Bukan itu sahaja kes pembuangan bayi pun meningkat juga akhir akhir ini. Dalam Islam, dilarang oleh Allah untuk kita menggugurkan janin melainkan atas kes tertentu apatah lagi membuang anak yang tidak berdosa itu.

Hukum haram ini jatuh kerana setiap yang diciptakan Allah adalah benda hidup dan menggugurkannya samalah seperti kita melakukan jenayah bunuh keatas satu kehidupan yang lain. Sama ada digugugrkan sebelum tiupan ruh atau sesudahnya, kedua duanya adalah haram kerana penciptaan kehidupan telah bermula selepas mani bercantum dengan telur.

Penetapan 4 Perkara Sebelum Dilahirkan

Sebelum kita lahir, telah tertulis dalam buku kita tentang 4 perkara iaitu rezeki kita, ajal kita, amalan kita dan nasib kita sama ada buruk atau baik. Walaupun begitu, kita mengetahuinya kerana ianya adalah menjadi Rahsia Allah SWT yang tidak dapat disingkap langsung.

Sebagai hambaNya, kita hendaklah sentiasa beramal dan berdoa agar amalan amalan kita sentiasa diberkati dan ditetapkan hati supaya sentiasa beribadah kepadaNya. Selain itu, doa juga boleh mengubah apa yang telah ditetapkan tetapi mestilah disertai dengan usaha usaha yang menjurus kearah apa yang kita mahukan. Sebagai contoh, kalau kita dilahirkan tidak berharta, maka berdoa dan pohonlah kepada Allah agar ditambahkan harta dan haruslah diingat dengan penambahan harta kita itu merupakan ujian daripada Allah jua untuk melihat ketaatan hambanya.

Penutupan Buku Kehidupan

Dalam hadis diatas ayat terakhir menjelaskan bahawa jika dalam kehidupan kita telah beramal dengan kitab dan kemudian melakukan dosa maka akan dimasukkanlah kedalam neraka jika kita mati dengan dosa dosa tersebut dan begitulah sebaliknya. Disini dapat dilihat bertapa perlunya kita beristiqamah dengan amalan kita dan bertaubat sekiranya telah melakukan dosa. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Ada pun mereka yang selalu membuat dosa, sekiranya disaat akhir kehidupan, telah bertaubat dan membuat kebaikkan, tidak ada sebab untuk dimasukkan ke syurga berdasarka amalannya itu walaupun sedikit sahaja.

Dalam kita hidup haruslah meminta kepada Allah agar ditetapkan hati kita supaya taat kepadaNya dan tidak dipesongkan kearah kekufuran. Dengan yang demikian terhindarlah kita dari kekufuran dan kemaksiatan. Mohonlah agar Allah sentiasa memberikan Rahmat dan petunjuk kepada kita selalu.

Dipetik dari: Buku Hadis 40 karangan Imam Nawawi.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , ,

2 Kata


  1. sutoyo on 02 Dec 2014

    Assalamualaikum,,, Minta ijin, copy paste, trimakasih.

    [Balas Cakap]

    UJ Reply:

    Benda baik dipersilakan… jangan lupa kreditnya sekali…

    [Balas Cakap]


Apa yang nak di kata?