Soalan:
KITA sememangnya diketahui tidak boleh menyimpan patung berbentuk manusia atau binatang dalam rumah. Bagaimana pula dengan replika robot pelbagai saiz yang menjadi kegilaan baik anak kecil mahu pun orang dewasa?

HUZN
Selangor.

Jawapan:

MENYIMPAN patung berupa manusia, selain daripada tujuan permainan, adalah haram. Sebagai contoh, patung yang diperbuat daripada tanah liat atau kaca untuk dijadikan perhiasan. Ini termasuk patung yang menggambarkan amalan sesuatu rakyat yang sering dibeli untuk dijadikan cenderamata yang diletakkan dalam almari perhiasan.

Perbuatan ini jelas dicela oleh Allah SWT seperti dalam surah al-Anbiya ayat ke-52 yang menceritakan mengenai pertanyaan Nabi Allah Ibrahim terhadap ayah dan kaumnya yang menyembah berhala: “Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?”

Muhammad Ali al-Sabuni menjelaskan dalam Rawai’ al-Bayan, sebab Islam mengharamkan berhala disebabkan ia ‘dien tauhid,’ yang memusuhi perbuatan syirik. Sehubungan itu, mengadakan patung amat ditentang kerana ia adalah jalan yang menyebabkan manusia syirik kepada Allah SWT.

Menurut pengarang kitab Rawi’ al-Bayan fi tafsir ayat al-ahkam minal Quran, ada patung yang dibenarkan oleh Islam iaitu:

  • Apabila tidak membabitkan struktur badan sempurna. Ini satu kemudahan untuk kedai menjual pakaian supaya dapat meletakkan patung yang tidak mempunyai anggota badan sempurna untuk tujuan memperagakan pakaian.
  • Ia bukanlah merujuk kepada manusia dan binatang, seperti pokok, sungai dan robot. Ini disebabkan kejadian atau ciptaan seperti ini dibenarkan oleh Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dalam penjelasannya, yang bermaksud: “Jika anda terpaksa membuat lukisan, maka lukiskan gambar pokok, dan apa yang tidak mempunyai roh…(muttafaq ‘alaihi).
  • Ia adalah permainan yang dimiliki oleh anak-anak, terutama anak perempuan. Ini berpandukan sebuah hadis riwayat Muslim bahawa isteri Nabi iaitu Aisyah dikahwini baginda pada usia tujuh tahun dan Nabi SAW mula tinggal dengannya pada usia sembilan tahun dalam keadaan beliau masih lagi bermain dengan teman-temannya iaitu anak patung.
Jadi kesimpulannya, memiliki patung untuk anak perempuan dan robot yang menjadi koleksi anak lelaki atau golongan dewasa adalah diharuskan. Cuma hendaklah mengelakkan pembaziran.Sumber:http://agamaberitaharian.blogspot.com/2010/01/persoalan-agama-umat-islam-haram-simpan.html

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

Satu Kata


  1. gamis murah on 28 Oct 2013

    To begin with, often remind yourself with the Islamic dress code. Your clothing ought to be extended, loose fitted and not transparent. Muslim girls must also cover their heads with a head scarf (hijab).

    [Balas Cakap]


Apa yang nak di kata?