Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Kini disampaikan berita penuh dari penceritaan orang yang mengetahui berita kepada UJ. Mohamad Assuandie atau lebih dikenali wandi, telah menyahut seruan Ilahi setelah mengalami kemalangan di KM 11 jalan Gambang – Kuantan dekat Taman Tas [Persimpangan masuk ke Taman Tas – kawasan lampu isyarat].
Kemalangan itu menyebabkan arwah cedera parah dan meninggal dunia semasa berada dalam hospital. UJ tidak tahu perjalanan jasad arwah secara detail tetapi menurut cerita, mayat telah dibawa ke UMP gambang sekitar pukul 2 pagi semalam dan kemudiannya terus dihantar ke kampung beliau iaitu Kampung Kurnia, Bukit Pekan, Kampar, Perak.
Untuk penghormatan terakhir, UJ tidak pasti siapa [terima kasih kerana mendapatkan bas] menguruskan bas untuk memberikan penghormatan dan mengiringi jenazah ke kubur. UMP menyediakan 3 buah bas tetapi yang bergerak cuma 2 buah sahaja. Hampi kesemua rakan kelas UJ dan sahabat sahabat yang mengenali wandi turut serta dalam pengiringan ini.
Ribuan terima kasih dari UJ kepada ahli ahli kampung disana yang menyediakan makan tengah hari tadi, salam takziah daripada UJ untuk keluarga arwah dan UJ dapat nasihatkan sentiasa bersabar dan menerima ujian Allah dengan hati yang ikhlas. Tak lupa juga kepada rakan rakan yang sanggup turun padang dan kepada pemandu bas UMP. Terima Kasih sekali lagi.
-Belasungkawa-

Dalam kenangan (01/06/88-08/08/10)
-Mohamad Assuandie Mohamad Aspar-
01 June 1988 – 08 August 2010
Berita di akhbar:
