Salam Ramadhan kepada semua penggodek diluar sana. Harap semuanya berada didalam lingkungan perlindungan Allah swt dari segala bala bencana dan sakit serta kekurangan. Cukuplah Allah menjadi perlindung dan mencukupkan segala sesuatu untuk kita.

Saman? UJ kena saman ke? Jawapannya ya di kawasan tempat letak kereta bawah kelolaan MBPJ. Ceritanya, UJ mengunjungi sebuah kedai aksesori di Kelana Jaya, dan tidak sedar kat situ adalah tempat kereta berbayar, tapi UJ langsung tak nampak dan tidak perasan mesin tiket. Biasalah bila duduk dalam kedai, mesti lepak lama sikit, “last last” kena saman. Bukan murah RM 100 wo.

Jadi semalam, UJ telah berkunjung ke menara MBPJ untuk melakukan pembayaran. Untuk membayar saman/kompaun parkir, anda harus ke tingkat 3 , menara MBPJ. Ianya tidak seperti MBSA dimana kaunter pembayaran dibahagian bawah menara MBSA.

Sampai sahaja disana, anda tekan sahaja butang A pada mesin angka giliran dimana kaunter A adalah untuk membuat rayuan. Akhirnya kompaun dikurangkan kepada RM30. Tarik nafas sikit tapi sebenarnya malang juga la, kerana RM2 (untuk lebih kurang 3 jam) kena bayar RM30. Tapi tidak mengapa lah, da bayar dan boleh bertenang sekarang.

kompaun mbpj

pic hosted @knm

p/s: Ingat jangan malas bayar saman PBT, nanti jadi macam ni….

Harian Metro

1000 saman

Oleh Shamsul Munir Safini

KANGAR: Seorang pemandu dikesan bersikap keras kepala apabila gagal melunaskan bayaran kompaun membabitkan kira-kira 1,000 saman letak kereta tertunggak bernilai RM9,000 kepada Majlis Perbandaran Kangar (MPK), sejak dua tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan pemandu tidak bertanggungjawab berkenaan disenaraikan sebagai individu paling dikehendaki MPK selepas gagal memberi tindak balas walaupun sudah banyak kali notis dihantar kepadanya.
Ahli Majlis MPK, Chan Poo Pee berkata, pihaknya sudah beratus kali menghantar notis berkenaan kepada pemandu terbabit, tetapi kecewa kerana tiada satu pun notis berkenaan dilayan individu itu.

 

Katanya, kenderaan milik lelaki berkenaan kini bakal dikenakan tindakan termasuk mengunci tayar jika dikesan, sekali gus memaksa pemiliknya menjelaskan semua kompaun tertunggak sebelum kenderaan terbabit diserahkan semula kepadanya.
“Bermula sekarang, MPK akan bertindak lebih tegas dalam menguatkuasakan undang-undang berkenaan terhadap pemilik kenderaan yang liat untuk menjelaskan kompaun.
“Selain itu, kami juga akan menyenaraikan semua kenderaan yang memiliki sekurang-kurangnya lima saman letak kenderaan tertunggak dan jika terserempak, kenderaan terbabit akan dikunci tayar serta-merta.

 

 

“Keadaan itu secara tidak langsung membuatkan pemilik kenderaan tidak lagi boleh berdalih dan perlu menjelaskan semua saman tertunggak terbabit sebelum kunci dibuka semula,” katanya.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , ,

Apa yang nak di kata?