Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Semoga berada didalam kesihatan yang baik dan cemerlang. Jika mengalami sedikit kesakitan atau simpton simpton sakit, bersegeralah anda kepada doktor. Semoga sembuh dengan cepat.

Cerita kali ini berkaitan dengan Al-Quran dan sains. Untuk kali pertama, UJ akan menyentuh serba sedikit perihal Al-Quran dan sains.

Dalam kehidupan masa kini yang bermangkinkan ilmu pengetahuan dan sains, adalah penting kepada kita untuk mengkaji serta mendalami ilmu ilmu yang telah tercatat didalam Al-Quran demi kemajuan kita bersama. Al-Quran yang telah diturunkan secara berperingkat peringkat lebioh kurang 1400 tahun yang lalu mengandungi begitu banyak rahsia rahsia yang memerlukan kepenggunaan akal untuk melihatnya. Dengan kemajuan sains dan teknologi masa kini, segala ilmu dan penerangan didalam Al-Quran dapat dibuktikan dan ini akan menambahkan lagi keyakinan kita terhadap Islam dan meningkatkan lagi tahap keimanan kita. Dalam Al-Quran telah dinyatakan didalam ayat berikut:

“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).”

An-Nisaa’: 174

Dalam ayat diatas, sesungguhnya Allah telah memberikan bukti bukti yang jelas melalui kalam-Nya. Kemudian Allah menjelaskan bahawa Al-Quran adalah nur [cahaya], dan kita tahu cahaya akan menerangi kegelapan dan dengan mengambil iktibar serta meningkatkan keimanan kita berdasarkan bukti bukti yang jelas akan membuatkan kita berjaya didunia dan seterusnya diakhirat kelak.

Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu mengandungi rahsia rahsia daripada alam semesta sehinggakan ekonomi, daripada iologi kepada fizik molekul. Kita lihat firman Allah dalam bidang sains angkasa dimana Allah berfirman yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.”

Yunus: 101

Ayat diatas menyeru kepada kita untuk memerhatikan keadaan langit dan bumi kerana mengandungi kejadian yang menakjubkan sebagai kekuasaan Allah serta menjadi bukti betapa adanya kuasa yang menjaga serta mengatur alam ini. Allah berfirman lagi:

“Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”

Ya-Sin: 39-40

Kita lihat disini bahawa Al-Quran menyentuh ilmu falak dan menyatakan bagaimana bulan itu mempunya fasa dan sentiasa sama. Seterusnya dapat dilihat bahawa malam tidak boleh mendahului siang dengan secepatnya atau siang mendahului malam secepatnya kerana telah wujud ketetapan didalam perubahan malam dan siang.

Sesungguhnya Al-Quran menyebut sesuatu sehingga tahap atom sekali pun. Ini dapat dilihat pada surah Al-Zalzalah ayat 7 dan 8 dimana Allah berfirman,

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”

Ayat diatas menunjukkan bahawa kebaikan juga mempunyai berat tersendiri dan sehinggakan seberat zarah pun dikira. Kalau diikutkan sains masa kini seberat zarah [kalau dikira atom] hanyalah sekitar 1.660?538?782(83) × 10?27 kg. Ini cuma jisim bagi atom hydrogen sedangkan kalau kalau kita lihat pada kajian sains masa kini, zarah [jika dikira partikel] mempunyai pelbagai benda seperti fermions dan sebagainya. Ini bermakna unsur uang berada didalam atom itu sendiri Allah mengiranya sebagai berat kebaikan dan kejahatan. Bukankah menunjukkan bahawa sayang dan cintanya Allah pada makhluknya?

Terdapat banyak lagi bukti bukti yang berkaitan Al-Quran dan sains yang boleh kita lihat seperti ilmu biologi [dalam kejadian manusia], ilmu metrology [kejadian hujan], ilmu geologi [bagaimana kejadian bumi], ilmu kimia [besi dan fungsinya] dan pelbagai ilmu lagi. Semua ini akan dikupas dalam siri yang akan datang.

Sekian untuk prakata minggu ini. Semoga yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri UJ yang lemah ini.

p/s: entri ini lambat sebab masalah teknikal.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,

Apa yang nak di kata?