Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harap semua berada dalam keadaan yang segar bugar, sihat sejahtera. Kepada yang rasa demam demam, batuk batuk, segeralah berkunjung kepada doktor kerajaan atau pun swasta. Jangan pergi doktor tepi jalan sudah la ye…. Heheheh.

Semenjak dua menjak duduk dekat Pahang ni, hati tak tenang jer. Kadang lalu depan bilik orang atau tengok facebook orang rasa geram sangat. Rasa nak hempas kepala kat dinding. Ntahlah, rasanya perasaan ini datangnya bermusim jer tiap tiap tahun. Lebih lebih lagi bila masuk semester 1 tiap tiap tahun pengajian. Akhirnya ada gak orang offer nak bagi benda tu kat UJ. Suka UJ mendengarnya sampai terleleh air liur [waktu tidur jer…hahahaha]. Apa apa pun semuanya tertunai semalam.

Apa benda yang UJ nakkan sangat sampai boleh jadi gila mendengarnya?… Sebenarnya bukan apa pun, cuma UJ nak sangat makan durian aka raja buah. Hahahah. Itu jer, dan kawan UJ ajak satu kelas pergi kerumah awek dia semalam. Sebanyak 4 biji kereta berkunjung dengan isiannya sebanyak 19 orang. Dengan tak serapannya, selamba badak jer makan buah yang panas. Nasib ada kawan baik dia iaitu manggis. hehehehe.

UJ bukan suka sangat makan durian ni, tapi sebab durian bukan durian popular seperti D24, membuatkan UJ gila nak makan. tapi rasanya 10 ulas jer kot yang UJ makan. Sebab UJ memilih masa makan durian dan waktu waktu tertentu jer kalau nak makan durian. Tak de mood, sikit jer makannya…

Oklah dah berceloteh panjang, UJ tunjuk sikit gambar-gambir yang UJ amik masa makan buah semalam.

Tuan rumah berposing sebelum berangkat

Wak dengan kehenseman yang terselah

Mat top yang gantang...hahahahaha

Tu dia, curi rambutan...hahahahaha

Muke tak sabar da tu....

En. Zaim mengangkat durian

Orang lain pon angkat jugak.

Inilah jumlah durian yang terkumpul...

Sesi meratah buah durian bermula...

Sedap yang tak terkata...

"Weh, mai sini sikit, asyik korang jer makan"... Shuk meminta durian.

"Iyah, bukak bukak...tak nak terbukak plak"...

"Inilah buah durian, tidak terdapat ni dimana mana melainkan asean jer"

Kalau kat jepun makan dorayaki, kat malaysia selamber je makan durian.

Kanak kanak riang M02, makan tak ingat dunia...hahahaha

Muka orang kenyang...hehehehe

"Kenyang weh..."

Kenangan sebelum balik...

Habis jer makan, kita orang semua apa lagi, jalan jalan kuantan la. Boring katakan dan banyak masa. Tuan rumah kita beli kasut baru. Tengoklah ada gambar dia UJ ambil semalam.

"Ish, macam tak muat jer."

"Apa macam, bergaya tak???"

Jadi itulah aktiviti ahad UJ untuk minggu ini. Selebihnya aktiviti makan makan di tanjung lumpur kerana lapar dan terus balik UMP selepas itu. Kepada Nur Afnan dan Awek beliau sekeluarga, UJ ucapkan terima kasih bagi pihak UJ dan rasa semuanya ucapkan terima kasih kerana dapat makan buah buahan tempatan. Lain kali boleh datang lagi. Dan kepada Afnan, bila nak makan nasi minyak??? hehehehehehe

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , ,

2 Kata


  1. frank lampard on 19 Jul 2010

    -penan n fmly sheryl-

    • UJ on 19 Jul 2010

      takper… itu menjadi rahsia…hahahaha, lagipun tak reti nak ngeja nama awek penan…. marah plak penan nanti….hehehehe


Apa yang nak di kata?

CommentLuv badge