Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Bacalah, dengan nama TuhanMu(Allah)…

Alhamdulillah, telah dipanjangkan usia untuk diri ini berbakti dan menyembahkan sepenuh keupayaan diri kepadaNya, dapat menghirup udara segar dan dapat menjadi seorang hamba yang sentiasa ingat akan nikmatnya lalu sepotong syukur dilafazkan dari lidahnya agar tidak Nampak sombong dengan pencipta dirinya.

syukur

“Mengangkat tangan bersyukur kepadaNya”

Bukankah dalam Kata kata suciNya menyatakan, “Jika kamu bersyukur, akan Ku tambah nikmat keatas mu…” Nah maka lidah perlu sentiasa basah dengan alunan lagu lagu indah, pujian dan terima kasih terucap dari bibir. Anggota lain juga sibuk menunduk dan sujud lantaran bersyukurnya diatas kehidupan yang diberikan.

sujud, sujud syukur

“Sujud kepadaNya, tidak merendahkan sedikit pun maruah diri”

Syukur juga diberikan nafas lagi agar dapat berbakti kepada Ibunda tersayang dalam meniti usia emasnya. Selalu teringat pesanan Agung “Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” Lalu lidah ini sentiasa ditahan tahan katanya agar tidak melukakan hati mereka kerana perasaan takut akan balasan Hari Perhitungan nanti. Bukankah darjat kedua mereka begitu tinggi sehingga kata kata Penghulu sekalian menunjukkan syurga itu dibawah telapak kaki Ibu?

Syukur juga masih dapat meneruskan hidup untuk menulis kembali catatan atau coretan atas talian. Mungkin sempena tahun baharu 2013 dapat menguatkan azam agar tulisan menjadi lebih kerap dan berbunga bunga gaya penulisannya supaya dapat menarik minat para tamu yang tidak berhenti membaca.

Jadi mungkin tahun 2012 masihi terdapat perubahan yang boleh memberi impak bermakna keatas diri ini dan juga dapat melakukan apa yang telah diazamkan dalam hati dan diberi kekuatan untuk melakukannya. Jadi beberapa azam telah dipahat dan diukir dalam hati agar menjadi panduan kepada tubuh badan dan hati serta minda agar sentiasa melakukan apa yang terdaya.

Azam 2013:

  1. Melakukan amal jariah dalam bentuk sumbangan derma
  2. Solat sunat dhuha pada setiap hari
  3. Cubaan mengkhatam kalamNya sebulan sekali
  4. Solat pada awal waktu
  5. Solat sunat pada malam harinya
  6. Menyimpan sumber untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad dan asbab kepada penciptaan Hawa

Mungkin terdapat banyak azam yang lain tetapi yang terutama yang melibatkan semangat antara insan dan tuhannya harus diberi keutamaan. Bukankah Dia berjanji jika kita selalu berhubung denganNya, maka selalu mendapat pertolongan? Jadi tidak mahu kelebihan kelebihan yang mungkin secara rahsia diberikan ditarik semula atau dikurangkan tarafnya menjadi kurang berkesan.

Apa apa pun azam ditanam, sifat utama yang harus dipegang adalah istiqomah dalam melaksanakan perkara yang dirancang. Sekiranya terlepas atau diam tanpa berlaku apa apa, proses muhasabah diri harus dilakukan agar tidak terus terhenti disitu. Harus ada satu tali yang dapat memutarkan flywheel agar sentiasa mempunyai daya emparan yang tinggi agar terus berpusing.

Maka penghujung katanya, Selamat tahun baharu 2013, biarlah awal tahun menjadi satu inpirasi menjadikan kita kearah lebih baik dan berguna.

p/s: Azam elok ditanam ketika buku amalan lama ditutup dan digantikan dengan buku baru yang diberikan kepada penjaga yang tidak kenal erti penat mencatat amalan kita.

Akhir kalam, Assalamualaikum dan jazakallah.

Dan Allah jualah yang mengetahui segalanya…

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , ,

2 Kata


  1. Norhayati Suaib on 25 Oct 2014

    Dah nak masuk tahun 2015.Semoga azam yang lepas tercapai.

    [Balas Cakap]

    UJ Reply:

    Ada yang tercapai dan ada yang tak…

    [Balas Cakap]


Apa yang nak di kata?